Tuesday, 28 June 2011

Malas

aku tak tau aku tahap malas ape dah nk update blog...


ilhamnnya ade...


tapi tangan yang menjadi juri ni pulak malas nak taip


sekian...

Tuesday, 7 June 2011

Arnab ittew malu

Semalam arnab yang family aku bela lahirkan 6 lagi anak.So pagi ni before pergi jaga kedai mak aku,aku nak suruh la ibu arnab tu susukan anak die.Bukan apa,dari semalam tak susukan risau anaknya kelaparan.Aku ni dah la hati mithali.Tapi terus terang benderang cakap aku tak reti macam mane nak suruh ibu arnab tu susukan anak die.Adik aku kate letak je makanan dalam kotak yang ada anak-anak tu.Bile ade makanan tau la die masuk dalam kotak tu.Nanti pandai la die susukan anak sendiri katanya.

Aku buat la apa yang adik aku cakap.Lepas letak makanan tu ibu arnab masuk dalam kotak.Aku perhati je dekat tepi kotak.Nak tengok betul ke ibu arnab tu akan susukan anak die.Rupenya bukan ibu die hulur kan tetek tapi anak-anak die yang akan bergerak cari tetek ibu diorang tu.Tapi yang aku pelik bile anak die dah rapat,ibu arnab tu pula boleh slumber je blah pergi tempat lain.Ape kejadahnya semua ini??Kalo macam ni je sepanjang masa sampai sudah la anak-anak dia tak menyusu.Geram punya pasal aku angkat ibu arnab tu and masukkan balik dalam kotak then pegang die supaya tak gerak.Baru boleh anak die menyusu.Betul tak??Salah,salah,salah.Malangnya ibu arnab ni lagi sakan meronta-ronta bile anak die nak menyusu.Lagi la tak dapat.

Arghhh macam mane nak buat ni??Garu kepala aku.last-last aku malas layan.Masuk rumah kejap.Pergi mandi pe semua dulu.Elok je nak panaskan enjin kereta before pergi kedai aku pergi intai kotak arnab tu kejap.

"elok la pula die susukan anak die,malu rupenya bile ade orang.Baru aku tahu"

p/s:arnab pun malu susukan anak depan orang tahu??

Sunday, 5 June 2011

Hujan

Tadi hujan time berniaga.So pelanggan kurang la dari apa yang aku dengan wan harapkan.Angin pula tiup 'sepoi-sepoi' bahasa sampai mengoncangkan kewibawaan khemah burger kami.Nasib Azfar yang mempunyai IQ melebihi 180 berjaya menahan khemah kami dari di tiup angin hanya dengan segulung dawai dan sebiji kereta kancil milik mak beliau.Macam mana die buat rasenya aku tak perlu cerita.Cukup aku cakap yang die berjaya lakukannya.Isnin tutup sebab ade pasar malam.Boleh layan cerita Juvana.Nak tengok Puter Shazlan masuk sekolah budak jahat.Aumm~~

Ooohhh lupe.Pagi tadi baca kosmo.Shah Jazle cabar masyarakat buat MV yang sama macam mane die berlakon bawah arahan Gambit tu.Ade sape-sape nak sahut cabaran jadi macam die??ooh tak ade ye.Okay bagus.Semua masih berakal.

Saturday, 4 June 2011

Member lama datang

Semalam seronok juge berniaga burger sebab ramai member lama datang beli.Dapat la sembang-sembang sikit.Riuh la sikit suasana.Tak la aku tengok muka wan,wan tengok muka pa,pa tengok muka aku.Berkat member-member datang, burger special extravaganza yang lama tak terjual pun tibe-tibe terjual.Olley!!!Ok malam ni niaga lagi.Bye

Monday, 30 May 2011

Selamat

Selamat menunaikan umrah dekat mama,abah,mak long and mak ngah.Semoga dapat menunaikannya dengan baik dan sempurna.Sila doakan kejayaan saya dunia akhirat selain di percepatkan jodoh dengan Shazreena Myeor.Hoyeah!!!


Sempena 14 hari  ketiadaan mereka di rumah aku kene kembalikan rutin hidup di asrama dalam diri aku.Makan tak ade orang masakkan,baju kene basuh sendiri(nasib ade mesin) dan rumah harus tersusun rapi.Semua kene berdiri atas kaki sendiri.Macam la tak biasa kan.Aktiviti sampingan aku pula adalah dengan menjenguk-jenguk kedai mak aku.Anak bos kene datang juga selalu.Kalo tak nanti pekerja mesti curi tulang punya.Tak mahu la diorang selesa sangat sebab big boss tak ade kan kikiki.Padan!!!


Aku ade misi dalam 14 hari ni.Misi untuk kuruskan badan.Ini time terbaik aku nak jalankan misi ni sebab ini la masa makanan paling sikit ade dekat rumah.Boleh la kawal sikit jadual permakanan aku.Kalo mak aku ade dekat rumah confirm dah makanan asyik ade.Bile nya nak diet kan.So harapnya misi ni tercapai.


Diet+cuba bersukan+Produk DE bella(Litchin) untuk kuruskan badan.
Nantikan hasilnya.Iniiiiiiiii seriusssss(kata mingming).