Saturday 30 April 2011

Ikhlas itu jujur

Nama aku ikhlas.Dekat sekolah dulu aku duduk dalam homeroom yang bernama Honest.Orang selalu terkejut bila dengar name aku.Lepas tu diorang cakap macam ni 'Wow name ikhlas ye...mesti bin jujur kan'.Aku tak la nak membantah,senyum sahaja untuk memuaskan hati mereka.
Aku minat bola.Kalo korang penah baca yang ni mesti korang dah tau memang aku minat bola.Dulu masa sekolah rendah,petang-petang aku kene pergi sekolah agama rakyat(SAR).Untuk ke SAR aku mesti berbaju Melayu putih,berseluar biru gelap yang sekolah rendah punya,bersongkok jika perlu,beg penuh buku agama,basikal serta bola sepak yang diletak di carrier.Masa tu rasenye membawa bola ke SAR lebih penting dari buku.Setiap kali rehat kami akan main bola di halaman kawasan tadika kemas yang terletak di sebelah SAR aku.Main konpem tak pakai selipar.Kaki hitam.Cantik punya.
Kadang-kadang kami main dalam kelas.Ni kes sangap nak main bola ditambah dengan ustad yang pergi bermeeting.So kelas tak berjalan.Ini peluang kata kawan aku.Tak salah kalo sambar.Main punya main aku terembat bola kene cermin. Cing..cing..cing.Berkecai kaca jatuh di atas lantai.Hati berdebar kencang.Sure ustad datang.Ustad pun tanya dekat kami dengan nada marah dan berwajah bengis.'Siapa yang sepak bola kene cermin ni??!!!'.Orang lain diam.Aku langkah setapak ke depan dan mengangkat tangan.'Saya yang buat ustad'. PANG!!!makan penampar.
Sekian terima sekeh.

Friday 29 April 2011

bila n & ng menjadi m

Al-kisah,tayibb.Al-kisah tersebut la kisah.Sam Kancil beramai-ramai bertemu Sultam Firaum.Kelihatam Pokkam dam rakam-rakam bermaim bola di tengah padam.Sebelum itu, ini ade pesanam dari pihak penaja.Oram yam tak biasa dengam penulisam ini memam payah nak baca dam bertutur dengam bahasa yang super celaka bunyinya ini.Aku pum hampir gile menulisnya.Tapi aku tetap teruskam tanpa kenal erti lelah dam penat.


Disebutkam satu hikayat zamam nenek moyam,seekor arnab pernah mencabar seekor kura-kura untuk berlumba lari.Tetapi untuk kali ini kura-kura cuba menolak dengam memberi alasam yam keturunamnya pernah memenangi perlumbaam ini sebanyak 2 kali.Arnab terasa dirinya dihina bila mendengar ungkapam yam keluar dari bibir kura-kura itu.Arnab tidak cuba untuk mendesak.Hampa rasenye bila perkara seperti ini terjadi.Namum niat untuk mencari haiwam yang mampu berlumba dengamnya tetap diteruskan.Di tanya pula soalam yang same kepada Sam Kancil.Sekali lagi perlawaam itu ditolak.Sam Kancil tidak gemar beradu kekuatam kerana di situ adalah kelemahamnya. Kekuatamnya hanya terletak pada akal yam tajam yam penuh dengam tipu helah.Arnab dikecewakam sekali lagi.Sam Kancil berasa serba salah,lalu die cuba mencadamkan Sam Ular untuk berlumba dengam Sam Arnab.Sam Arnab mengangukkam kepala tanda setuju walaupum di dalam hatinya merasakam Sam Ular bukam lah lawamnya yam sebenar.Lagipun arnab tidak sampai hati berlumba dengam haiwam yam tidak berkaki.


Pagi berlalu,perjuangam arnab gagal di situ.Sementara itu,di petam hari Sam Arnab melompat-lompat ke pinggir hutam sambil bernyanyi riam.Matanya meliar mencari rakam untuk bersembam.Tiba-tiba die ternampak seekor anjim yang sedam sakam menyalak di tebim sungai.Lalu di sapanya dengan sopam 'Wahai anjim,mengapa engkau menyalak seperti anjim gila??'.Anjim tadi terkejut dengam sapaan itu.Di sangkakannya hantu,rupenya Sang Arnab berbelang coklat putih.Anjim itu mengangkat kenim seraya membalas 'Aku menyalak kerna bosam dengam kehidupam ku di hutam ini'.Sang Arnab tersenyum lebar,kerna masalah anjim itu tiada lansum kaitam dengan kehidupamnya.Die pum berlalu pergi.Pergi meninggalkam kehidupamnya yang sebenarnya tiada arah tuju.


p/s:aku menyumpah seorang diri bila membacanya kembali.

Thursday 28 April 2011

Ini bukan dR cinta.

Suatu petang di klinik Ahmad yang tersohor.Cuaca mendung.hujan rintik-rintik membasahi bumi.Azman(bukan nama sebenar)pergi ke sana kerana menghadapi sedikit masalah kesihatan.Itu katanya kepada ibu tersayang sebelum beredar dari rumah dengan kereta viva putih buatan Malaysia.Perginya bukan seorang,ada isteri tercinta yang menemaninya


dR Ahmad:Err encik Azman ye.Sila duduk,ada apa masalah ye??Boleh saya bantu.
Azman:Saya ada masalah kesihatan dR.Perut saya kembung la.
dR Ahmad:Okay,boleh dekat sedikit saya nak cuba check.
Azman:Baik dR.Saya datang dekat niiiii.
dR Ahmad:Owh awak perut kembung ye(sambil menjeling buku di tepi)
Azman:Ye.Saya dah cakap tadi kan.
Isteri Azman:tak tau la sejak bila jadi macam ni dR.
dR Ahmad:Hurm macam tu ya.Ada rasa mual-mual macam nak muntah??
Azman:ha ada dR,ada,ada.
dR Ahmad:Pening-pening??
Isteri Azman:Ada dR(tibe-tibe mencelah)
dR Ahmad:Kerap kencing,lose appetite??
Azman:Ada juga dR.wah hebat sungguh dR ini(katanya dalam hati)
dR Ahmad:Ok,saya dah dapat tau apa masalah awak.(menjeling sekali lagi ke arah buku untuk memastikan diagnostic itu sama seperti di dalamnya).
Azman:Apa dia masalah saya dR??berdebar rasenye.
dR Ahmad:Tahniah isteri encik Azman,suami anda mengandung.=)
Azman dan isteri:@#^#$&$*%(^$^@&@#!!!!!


Selipar di sumbat kedalam mulut dR Ahmad.Satu bersaiz 8 manakala satu lagi bersaiz 6.dR Ahmad insaf.Die patut tidak terlalu bergantung pada buku.Buku itu salah.dR Ahmad masih dengan kehidupannya.


p/s:adaptasi dari cerita rakan ku Ismail lempoyan.ini hanya cerita dongeng zaman si Luncai.Tak perlu risaukannya.

Wednesday 27 April 2011

Merong bukan mereng

Tadi baru habis tengok Mehrong Mahawangsa.Tengok 4 round baru habis.Ape teruk la aku ni.Bukan sebab boring tapi sebab waktu yang aku tengok selalunya jam 3 petang iaitu waktu kemuncak untuk tidur petang.Tak tertahan mata ni.Lagipun semalam tak cukup tidur.Exam + bola punye pasal,tidur di korbankan.


Lepas habis tengok cerita Merong ni, aku dapat rasakan yang KRU telah buat kerja diorang dengan baik.Sebelum aku tengok ni majoriti kata cerita ni tak best,tapi bagi aku cerita ni okay je.Tak la teruk mana pun.


Apa yang aku buat before aku tengok cerita ni??
Kosong kan minda.Kemudian set minda aku untuk lihat filem melayu yang cuba untuk beri pembaharuan kepada industri perfileman negara.Buang kan jauh-jauh keinginan untuk lihat cerita ini sehebat dan setaraf Pairet of karibien mahupun cerita seperti Sinbad.Cuba relate kan dengan modal seciput tu, adakah filem ini masih mengeluarkan hasil yang setaraf dengan modal yang ada??Akhir sekali tengok denga tenang.


Bermula dengan itu baru aku rasa aku dapat menilai filem ni dengan seadil mungkin.Jalan cerita okay tapi sebarang dua perkara perlu di perbetulkan.Aku tak tau cerita asal Merong ni,so aku just cakap apa yang aku tengok sahaja.Dua perkara yang pelik.Orang ramai mati di timpa menara peninjau dan penggunaan prinsip Archimedes adalah satu perkara lagi yang 1000 kali pelik.Aku boleh terima bila gunakan ilmu sihir berbanding ilmu sains yang kita rasa dan tau benda tu macam tak mampu jadi.Yang lain semuanya baik sahaja.Grafik lebih baik dari cicakman.So, maknanya ada improvement.Penggunaan bahasa lama menarik minat aku.Mereka bercakap seperti bermadah,ayat tersusun rapi tatkala berbicara.Pelakon menjalankan tugas dengan baik termasuklah Datuk Rahim Razali,Ummi Nazeera dan Jehan Miskin.Puteri China cantik menawan,mana la jumpa ye.Seronok Khir Rahman bila cuba melihat apa yang ada di bawah tudung saji.Boleh tahan jahat Kemawas a.k.a big bold man.Scene berlawan bagi aku sangat baik.Yela cerita Malaysia kan before ni suka scene berlawan main-main.Ada 3 pembunuhan yang ditamatkan dengan menyelar leher pihak lawan.Amboi,ganas na hampa bergadoh.


Ending Merong mati menyebabkan kita tak dapat nak tengok Merong Mahawangsa 2(mana la tau nak buatkan,pengarahkan suka buat filem-filem sequal ni).By the way aku rasa ini percubaan yang baik dari team KRU.Moga diperbaiki lagi untuk filem akan datang.Ade certain part macam tak payah letak pun tak pe.Bagi 3 bintang boleh??Kudos.


Cuba bermain air empangan ye.


Bile mase la korang buat anak ye.
Puteri China.Amoiii


p/s:aku tengok dekat laptop mungkin ok sebab tak keluarkan duit,yang tengok wayang mungkin rase tak berbaloi.Maybe betul kate pijo.

Monday 25 April 2011

Kisah spenda yang hilang

Peringatan:Before aku tulis aku nak ingatkan korang benda ini langsung tak ade kaitan dengan aku.Ini kisah benar.



Nampak ape tulisan dekat atas tu.Benda ni jadi dekat seorang penghuni yang satu bangunan dengan kediaman aku.Aku pun tak kenal die ni.Muka pun tak pernah tengok.Tau-tau je ada kes hilang spenda.Ape kes??Aku tak tau la ade ke orang kemaruk sangat nak cilok spenda ni.Tapi memang kesian la dekat mamat ni.Tak pasal-pasal tak ade spenda.Perkataan 'asyik' yang tertulis tu macam selalu je spenda die kene curi kan.Kalo betul la ade curi,orang yang curi tu sumpah gay.Tak tau la pula kalo mak cik cleaner nak curi.Selama 4 tahun duduk dalam ni tak pernah pun lagi aku dengar  kes macam ni.Mak Cik cleaner pun orang same je.Orang same mesti perangai same juga.Ade satu kebarangkalian yang aku fikir, spenda die ni jatuh dari ampaian and makcik cleaner tolong sapu spenda die yang jatuh tu.So kira hilang la jugak.Sejak kejadian tu mamat hilang spenda telah membeli spenda baru.


Lepas beli yang baru die kasi warning dekat pencuri tu.Die tampal dekat luar bilik die.Siap ade resit dengan jenama lagi.Tapi yang tak boleh blah ada ke die suruh cari spenda die.Ape ingat main cari harta karun ke hape??Buatnya pervert tu jumpa macam mane.Tak berbuih mulut,kene beli baru lagi.Tak sabar aku nak tunggu tampalan yang terbaru dekat dinding bilik mamat tu.Mane la tau pervert tu berjaya jumpe.Bagi yang curi tu,tak payah la buat lagi.Teruk sangat la perangai sampai buat kerja tu.Ke korang saje nak pekena mamat ni??Buat mangsa kejadian aku cadang ko sidai dekat ampaian area bilik aku.Tak ade lagi kes curi spenda area tu.Konpem selamat sejahtera spenda ko.

Pesanan dari aku:
Lu ade spenda lu orang pakai.Lu ada akai lu jangan gadai.

Saturday 23 April 2011

Makan terajang


Aku sekarang dekat Ipoh.Dekat Ipoh sekarang ada Minggu Saham Amanah Malaysia 2011.Objektif mende ni sebenarnya nak sekolah kan kita tentang pelaburan dan perancangan kewangan dekat kita rakyat Malaysia.Slogan untuk projek ni 'Pelaburan Untuk 1Malaysia'.Semua mende 1Malaysia.Tak ade mende lain.Menarik benda ni sebab aku bukan tau sangat pun pasal benda labur-labur ni.Dapat la tabah ilmu sikit.Banyak agensi ade masa minggu saham macam ASNB,Maybank.Etiqa,Takaful IKHLAS,RHB,UMW,Perodua and banyak lagi la.Macam biasa kalo dah masuk pameran tu for sure kene closing suruh melabur.Kene closing yang malas tu.Tapi nak buat macam mane,sape suruh pergi kan.Lagi pun time kene closing la baru kita paham pasal benda tu.Yang dapat closing aku hari tu agensi Etiqa,Takaful IKHLAS,RHB.Semua gagal dapatkan aku sebagai pelabur.Aku mane ade duit nak melabur ni.Tunggu aku kerja dulu baru ade income.Diorang ni pandai tarik perhatian pelanggan yang lalu lalang.Macam-macam cara yang diorang pakai.Tapi ade satu cara ni boleh makan penerajang.Aku ni baru je kene closing dengan orang RHB,lepas kene closing aku nak pergi booth lain pula.Tiba-tiba sorang orang RHB ni panggil aku


Orang RHB 1:Bang!!!mari sini bang amik free gift.
Aku:err...tak ape la.
Orang RHB 1:tak nak free gift ke??ni abang amik kertas ni then pergi jumpe orang yang name die tertera dekat kertas ni.
Aku:Owh ok(malas nak cakap lebih2)

...............................................

Aku:Ni encik free gift ke??
Orang RHB 2:Ya saya,nah ambil pen ni sebatang(free gift)
Aku:ok thanx.
Orang RHB 2:Abang pernah melabur dalam RHB??Mari saya cerita sikit.Semabang-sembang kejap,2-3 minit je.Ape salahnye kan??
Aku:&*%$&^@$%#^^&$&#(dalam hati)

Kene closing dua kali memang terasa tahi di hati.Anyway MSAM 2011 ni sangat bermanfaat.Tahun depan die buat dekat negeri lain pula.Korang pandai-pandai ler cari.



Ini je mampu.

Ape yang aku buat untuk rai birthday die dalam keadaan tahap kewangan yang tak berapa baik??

1.Kenny Rogers Roaster

Aku bukan makan si Kenny ni.
Pergi makan dekat kedai die je.
Tapi ayam tak masak,berdarah lagi.
Hurm~~

2.Bunga ros merah

Sekuntum je.
Nak beli sejambak tak mampu.

3.Novel

Die suke novel Sophie Kinsella
Aku hadiahkan untuk die.

4.Buku Pengantin

Yang ni lame dah beli,die order.
Tapi bagi time birthday die,
kire hadiah la juga kan,boleh??


5.Sekeping kad ucapan

Bukan kad sebenar ye atas ni.
Tak lengkap la kalo tak ade kad kan.
Jadi aku bagi sekeping.


Ini je yang termampu.Ok ke??Hope awak suke.



Friday 22 April 2011

Selamat Hari jadi awak



Happy 23rd Birthday

Hari ini hari jadi awak.
Bulan lepas hari jadi saya.
Tahun ni saya gembira,
sebab akhirnya saya berjaya sambut bersama awak.
Mujur dah final year student.
Exam sikit je and gap hari antara exam pula banyak.
Bagi ruang untuk saya pulang bertemu awak dan meraikan awak.
Kalo macam tahun-tahun lepas asyik tak dan je.
Birthday awak suka jatuh time saya final exam.
Tak dapat nak balik.
Tak ade mase.
Kali ini tidak lagi.
Hopefully tidak juga lagi untuk tahun-tahun akan datang.

Selamat Ulang tahun yang ke-23.
Semoga awak sukses dalam setiap perkara yang awak lakukan.
Saya sentiasa hantar pengiring kemana sahaja awak pergi,apa jua perkara awak lakukan.
DOA saya.
Semoga kita berkekalan.
Satu jiwa,satu hati.

XOXO

Thursday 21 April 2011

Selembut sutera


Aku lelaki,tapi hati lembut.
Macam mane tu??
Hati je lembut beb,tangan tak lembut.
Mudah tersentuh la maksudnya.
Aku kalo jadi gangster sure gagal.
Tapi kalo terpakse jadi pun mesti jenis dalam hati ade taman.
Selalu orang kate,lelaki hati kene keras.
Tak boleh lembut-lembut.
Selalu orang kate,lelaki tak boleh menangis.
Malu dek orang kalo tengok.
Kenape perlu orang berkata macam tu??
Lelaki manusia.Lelaki ade perasaan.
Kalo aku pakai baju pink tak bermaksud aku pun pakai gincu kan.
Kadang-kadang benda jadi bukan sebab kita layan sangat.
Dah situasi tu menyentuh hati,
takkan nak buat reaksi marah,takkan nak ketawa berdekah-dekah.
Nanti katanya hilang akal.
Nanti katanya tak sedar diri.
Nanti katanya meroyan.
Masyarakat.masyarakat.masyarakat.
Aku lelaki,tapi hati lembut.
Aku masih lelaki.

Tuesday 19 April 2011

Ponin palo eh


Kecelaruan perasaan.
Aku tau korang semua mesti pernah hadapi ni.
Kalo tak bab cinta mesti bab duit.
Dua tu konpem kalo dalam survey rating atas sekali.
Duk main tarik tali je.
Bab-bab lain orang selalu buat-buat tak serabut je.
Aku hari ni dapat penyakit kecelaruan perasaan ni.
Aku tak dapat nak tentukan ape aku rase.
Nak kata hal ni besar sangat tak la.
Tapi aku still celaru.
Ape punca sebenarnya ni??
Budak bawah ni puncanya.


Ade rase tak?
Ape,aku sorang je rase cam tu??
cess!!!

Monday 18 April 2011

Akhirnya.Dalam bus

Aku dalam bus sekarang ni.Balik Ipoh.Dah lame tak pulang ke kampung halaman.
Hari ni hari paling penat dalam hidup aku.Penat badan.Penat otak.
Mandi pun pagi tadi je.Dalam bus ni kalo bau sorry la ye.Memang tak sempat.
Busy mengalahkan perdana mentweri burkina faso.
Hari ni la sibuk siapkan thesis.
Hari ni la ade final exam.
Kebolehan aku tak mampu untuk buat dua benda tu dengan baik.


Lastly yang aku dapat thesis tak boleh hantar,exam aku jawab carca marba.
Masuk dewan pun lewat demi sebuku thesis yang belum tentu siap.
Melamgkah masuk ke dewan dengan otak serabut+penat.
Semua ilmu dalam kepala ni separuh je tinggal.
Korang boleh cuba kalo tak percaya.
Semua jawapan aku tak dapat ingat habis.
Kekuatan mengingat aku jadi lemah bila serabut.
Tak sempat nak recover.Jammed.
Tulisan dah macam cakar baby.Nasib la wahai lecturer kalo tak paham.


Tapi teruk macam mane pun condition aku, aku akan tetap keluar awal dari dewan.
Itu trademark aku.Dari dulu sampai sekarang.
Jawab cepat-cepat ,lepas tu blah.
Before naik bus tadi aku akhirnya mampu siapkan thesis yang tergendala.
Bertungkus lumus.Boleh dapat anugerah pekerja terbaik.
Tinggal nak print and hantar esok.Mintak mawi tolong hantar and printkan.
Terima kasih daun keladi ye.Alhamculillah.


Even penat giler ni,aku tetap akan rase lega bile terfikirkan aku sekarang on da way nak balik Ipoh.
Betapa kuatnya penangan kampung halaman.Fuhh!!!
Mudah-mudahan aku selamat sampai.
Penat ni.Adios Amigos.Tidur dulu.
Selamat malam puteri impian.
ZZzzzZZzzzzz




Gua tido sambil dengar lagu

Saturday 16 April 2011

Sakan ek main.

fakhrul:Mende ni??
aku:tanya aku pula.Ko yang duk bunuh tiap-tiap hari.
fakhrul:ish mane ade.Kerja aku tebar roti,tak kait la dengan makhluk hijau ni.takkan la aku bunuh.
aku:banyak la ko tak kait.Lepas kerja selalu ko buat pe??
fakhrul:balik la mandi.
aku:Lepas tu??
fakhrul:sembahyang,makan,tengok berita then tido.
aku:before tido ko main game kan??
fakhrul:eh tau pula ko.Aah main game,baru la boleh tido lepas tu.
aku:game ape ko main??
fakhrul:ANGRY BIRD.best wo,,,!!!
aku:benda atas ni la ko duk bunuh dalam game tu tiap-tiap hari.ada ingat??
fakhrul:hi..hi..hi..aah ler...sorry...terlupe.Sekarang kat laptop pun boleh layan.
aku:layan la ko~~~.aku ade hungry bird je.

Friday 15 April 2011

Exam itu eskem


Dah dekat dah.
Nak cecah bumi dah.
Meletop la nanti ni.
Perisai tak ready lagi.
Senapang tak bubuh peluru lagi.
Ape pun tak ade ni.
Yang ade pun satu je.
Semangat.

Good Luck dR ucapkan pada awak semua.
Kalo berjaya jangan lupekan saya.
-Dato' Dr Rozmey-

Thursday 14 April 2011

Terminator.



Hebat tak die??
Die la roomate aku.
Die robot.
Die mandi tiap-tiap hari.
Tapi tak rosak.
Tapi tak karat.
Hebat kan die??

Wednesday 13 April 2011

Jeffrey Din: KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH.

First time join contest.Budak baru nak main blog.Aku harap boleh dapat kambing biri-biri

 Mus yang ajak join contest ni,penganjurnya NurusSalwa.




http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/04/kontest-kenangan-zaman-sekolah.html


Bukan nak cerita pasal Jefrey Din pun.Tapi bile sebut name die ni mesti kite teringat lagu kenanganku kan.Dengar lagu tu terus teringat kisah-kisah silam.Setiap orang mesti ade kenangan diorang masing-masing.Ada yang pahit,ada yang manis,ade yang sweet sour and ada gak yang ikan 3 rase.Paling banyak kenangan aku of cos mase sekolah,especially sekolah rendah.Time tu la main mainan bukan-bukan,time tu la bace komik bukan-bukan and time jugak la sibuk nak bercinta monyet,beruk,siamang dan konkang.


Disebabkan aku ni budak sukan aku lagi gemar nk cerita ape benda yang aku main mase kecik-kecik dulu.


Outdoor Games
Game 1
Aku main rounders.Mase tu aku agak orang lagi tau benda tu dari besbol or softbol.Konsep same je dengan besbol dan sofbol cume ade la rule beza sikit dan cara pitcher baling pun beza ckit.Slow je baling.Nak bagi orang pukul kene sebab bukan semua orang tau main.Yang bestnya kayu batting tu dah macam-macam rupe ade.Asalkan namenye kayu dan benda tu boleh pukul bola tennis tu dah cukup dah.Tak kire la ape saiz or bentuk.Bentuk kayu kacau dodol pun layan je.
Aku yang rambut blonde tu



Game 2
Gasing.Itu time semua pergi kedai mainan cina beli gasing.Pergi sekolah agama bawa gasing.Aku pernah beli gasing dalam dua jenis material,kayu dan plastik.Yang plastik kalo kene pangkah memang tak pecah la tapi kalo kayu kebarangkalin terbelah tu ade.Macam-macam skill keluar main benda ni.Jenis pertandingan pun beza(tak dapat hadiah pun,saje buat).Ade pertandingan tengok sape pusing lame sekali,ade yang main untuk pangkah gasing lain keluar dari bulatan and ada juga pertandingan pusing kan gasing atas tangan.Yang tu tak semua orang boleh buat.Terror macam aku je boleh.HAHAHAHA.
Ini la ghopenye




Game 3
Main badminton.Aik main badminton??zaman sekarang pun main kan.Tapi time zaman budak-budak hingusan aku main badminton dekat jalan raya je dengan member-member aku.Bukan dekat main road tapi dekat jalan dalam kawasan perumahan je.Mati la kalo main dekat main road.Jaring badminton pakai basikal,kalo smash bawah dari seat kire tak masuk.Line belakang letak selipar.Lebih dari selipar kire out.Selalu budak yang skill lebih kurang sama, kemenangan die boleh ditentukan dari mane arah angin datang.Main dekat luar, angin memang jadi salah satu cabaran la.Sape-sape yang main di kedudukan berlawan arus angin kebarangkalian untuk tewas adalah lebih tinggi.Berbuih la korang smash tapi bola pergi slow motion je.


Sekadar gambar hiasan

Game 4
Main baling selipar.Main game ni of coz semua kene berkaki ayam.Mane taknye selipar kene pakai buat jadi prop.Selipar yang berat selalunye guna untuk buat piramid selipar sebab kalo buat untuk penggal orang sakit pula kalo kene.Selipar untuk baling dekat orang biasanya yang sedang-sedang je lembut dan beratnya.Paling afdal kalo kita pakai selipar jepun je main benda ni.Main ni seronok sebab kene lari and at the same time mengelak dari kene baling selipar.Sedap juga kalo penggal kene kepala orang.
Ini la selipar paling seswai




Cukup la aku bagi 4 je kan.Banyak lagi sebenarnya.


Indoor Games
Game 1
Main tepuk daun terup.Game ni korang kene tepuk guna tangan dekat lantai untuk terbalikkan daun terup tu.Daun terup untuk game ni bukan yang orang selalu pakai untuk main judi tu.Ini daun terup kecik je and bukan buat dari plastik.Murah je dalam 10sen-30sen boleh dapat banyak dah.Main ni teknik kene betul.Kalo tak daun terup tu tak dapat diterbalikkan.Daun terup yang dah terbalik akan menjadi hak milik mutlak kita.Berplastik-palstik juga la aku kumpul menatang tu dekat rumah.Letak bawah katil.Tak boleh tunjuk dekat mak.
Selalu juga tipu budak-budak
Game 2
Cyberpet,digimon dan seanteronya.Permainan yang konon-kononnya paling berteknologi zaman tu.Aku paling suka digimon.Sebabnya boleh lawan dengan member dekat sekolah.Serius punya lawan sebab siap beli buku digimon lagi.Cari cara untuk kalahkan musuh.Cari macam mane nak attack and bagi virus dekat diorang.Selalu aku tekan button ni 'AABBABC' berulang kali bile fight dengan member sampai habis lawan untuk bagi virus dekat digimon diorang .'Mati la korang kene virus dari aku' aku jerit sambil terus tekan button tu sampai tenggelam.Giler bersungguh.
Aku tak payah beli,tunggu ayah aku rampas je dekat sekolah
Game 3
Bola kotak.Main tepuk bola kotak pun best sebab benda ni buat kita semangat bila main.Buat team sendiri guna kotak lebihan dekat rumah.Siap lukis jersey and nombor dekat kotak tu.Meriah giler.Main bukan setakat tepuk je kotak tu,main game ni setiap team dah ready dengan taktikal sendiri.Berapa kuat nak tepuk kotak tu and macam mane position player nak letak supaya bola tak lari bila passing.Penting benda tu sebab pemain bola kotak mane boleh bergerak.Kalo bola stop antara dua player,player yang paling dekat dengan bola akan mengambil tendangan.Sape menang die suke,itu je.
Tiang gol dengan padang pun buat sendiri
Game 4
Main nombor.Giler kecik-kecik main nombor dah.Tipu je.Game je name main nomobr.Caranya kita pilih nombor mengikut bilangan jari tangan peserta.Kalo 3 orang normal main,nombor boleh pilih sampai 30 je la.Misi kita adalah untuk dapat nombor yang kita pilih sebab peserta yang nombornye tak kena akan dijentik dekat jari.Sakit Woo.Strategi kene ade.Kene agak member kita nak bawa turun berapa jari supaya kita boleh tau berapa jari lagi kita perlu letak supaya dapat nombor kita.Kalah merana game ni.


Balasan pada yang kalah
Indoor nye game lagi berlambak-lambak.Kalo cerita memang tak habis la.

Sila buat kalo terror






Berbalas email

'Teknologi...teknologi...bala semua ni...bala ni.'
Ayat atas ni MA dekat Kg.Pisang je boleh buat.

Teknologi selalunya memang bawa kebaikkan
Tapi kadang-kadang dia buat kita lupa tentang masa silam kita.
Contohnya time dulu-dulu orang berkasih duk asyik je berbalas surat cinta.
Aku agak posmen banyak hantar surat cinta lagi dari surat SPA or surat kemasukan ke asrama penuh/universiti.
Benda macam ni yang selalu buatkan kita lebih teruja dan teruna.
Berdebar je tunggu depan rumah tiap-tiap hari.
Tak macam sekarang,semua pakai FB.
Senang je contact.tak ade thrill.
Excitement pun secara tak langsung akan mengurang.

So,tadi aku punya puteri impian cuba hidupkan suasana masa zaman kanak-kanak dengan menghantar surat cinta dekat aku.
Seronok nak bace bile die bagitau tapi tak dapat tengok terus sebab member tengah pinjam laptop tengok cerita.
Eh ape kait dengan laptop??
Ade la kait memandangkan nak hantar surat ambil mase,so die anta thru email je.Drive thru punyer.
Kurang la thrill tapi ok la sebab bagi surat.Panjang berjela sikit nak bace.
Best juga buat benda macam ni.
Lama dah tak tulis ikut format surat kiriman tak rasmi.
Lepas ni nak buat ikut format report la.
Nak bace ke ape aku tulis dekat die??
Tak payah la,lain kali je.

Online test

Buat pertama kali and maybe untuk terkahir kali pagi tadi aku buat online test.dR yang mengajar aku tu tibe-tibe nak buat test sebab nak bagi carry mark 20%.Dua subjek siap dalam satu hari.Kenape die terpakse nak buat online??sebab sekarang ni study week,so ade coursemate aku balik rumah.Tak dapat nak buat dekat tutorial room.Jalan paling mudah adalah dengan buat online test je.Pukul 10 pagi tadi semua mengadap laptop tunggu email dari die.Dapat je soalan terus kami jawab.Die bagi kami 2 jam je.Lewat je hantar die deduct markah.Memang kalut la buat.Soalan pula die bagi dua jenis,multiple choice questions dan essay questions.Seronok juga jawab exam online ni.Memang betul-betul mengikut arus kemajuan duniawi.Sungguh berteknologi.Habis jawab kami kene bagi jawapan kami dekat email die balik.Mujur aku hantar cukup-cukup je mase.Mudah-mudahan aku dapat fullmark.Aiyarkk!!!





Ape yang tak best test online??
1.Kadang-kadang line tenet suke buat hal,especially time saat-saat genting macam time nak dapat soalan or time nak hantar jawapan.
2.Susah nak jawab sebab nak open file soalan lagi,nak buka word untuk jawab soalan lagi,nak bace note lagi.So susah nak refer balik.Lambat.Time consuming banyak dekat situ.
3.Menaip lagi slow dari menulis.Untuk aku la.Then, selalu buat typing error.Bukan Taiping Centre ye.
4.Kalo tak ade laptop dengan PC macam mane nak jawab??


Ape yang best test online??
1.Boleh jawab sambil pakai singlet dan kain tuala je sebab jawab pun dekat bilik masing-masing.
2.Tak payah nak mandi dan bersiap.Bangun tidur terus on laptop.Jawab atas katil.Stylo.
3.Boleh refer note and kalo mampu boleh siap copy paste lagi.
4.Boleh pakat dengan roomate bahagi-bahagi jawab soalan.Cepat sikit habis.
5.Senang nak merungut dengan member kalo dapat soalan susah sebab semua online.Ramai-ramai chat.
6.Sekali sekale memaki hamun depan laptop sebab tak jumpe jawapan yang di cari.
7.Boleh jawab sambil bersarapan pagi.
8.Jawab soalan sambil sembang dengan member yang datang melepak di pagi hari.


Wow banyak lagi yang best dari tak best.Harap boleh dapat lagi test yang macam ni lain kali.

Monday 11 April 2011

Perang.

Tadi aku tengah berperang dengan mawi(sekarang pun still).Nak perang mulut jauh.Tapi teknologi dah menyatukan kami untuk berperang gambar.Perang Naning pun tak mampu jadi macam ni.Temenggung jugah anak beriang pun terkedu kalo die ade lagi.Ini ganaz punye perang.Jenis perang tak pakai perisai.Pakai seluar,kain silang dekat badan,ikat kepala dengan kain,bawa tombak ke hulu ke hilir.Lepas redah je tanpa toleh kebelakang.Korang tengok la ape aku perang dengan die.Orang berani je mampu tengok.Yang tak berani jangan tengok.


Gambar mawi untuk aku





Gambar aku untuk mawi





Sembur.

Ini bukan cerita pasal pekebun menyembur air pada pokok bunga atau kes datin bergaduh dengan perempuan-perempuan perampas dengan memberi semburan kate-kate kesat.Ini jugak bukan kejadian manusia membunuh nyamuk dengan hanya satu semburan ridsect.


Ini cerita aku dan member aku si Botak yang terkena semburan minyak petrol tatkala cuba mengisinya ke dalam botol revive isotonik.Ape kes isi dalam botol sedangkan tangki minyak kereta kancil sewa tu pun tak penuh lagi??Jangan marah ha,ini kes budak-budak kedekut yang cuba meminimumkan perbelanjaan wang terhadap penggunaan petrol.Botol yang berisi minyak tu gunanya bila kereta kami kehabisan minyak secara mengejut.Kire kami standby la takut tersadai tepi jalan.Kebarangkalian untuk minyak habis di tengah jalan adalah tinggi sebab jarak perjalanan dengan minyak yang kami isi dalam tangki ngam2 je untuk pergi dan balik.Punye la kedekut kan.


So,bila nak isi tadi,muncung paip minyak tu kami sumbat la kedalam botol.Mulut botol dah la betul-betul muat je dengan muncung paip tu.Pemicit aku pegang,botol Botak pegang.Dengan yakin aku tekan pemicit minyak tu.Malangnya tiba-tiba minyak tu tersembur keluar seperti air semburan febreeze.Nasib baik aku kene sikit je,tapi nasib tak baik pula dekat Botak sebab semburan tu straight kena dekat muka die.Baju die pun kene sikit.Mujur tadi die ade letak perfume Hugo XY ciplak,tak la berbau petrol sangat.Itu la kata orang malang tak berbau.Dah kene malang tu baru ade bau.Itu pun bau petrol.Ini pengajaran buat kami yang kurang ajar tentang perkara macam ni.


Mungkin kene tiru cara makcik ni

Bile tengok kejadian tadi,beberapa pengajaran aku dapat pelajari:- 
1.Mulut botol jangan betul2 muat nak masuk muncung paip minyak sebab benda tu antara penyebab tindak balas berbalik semburan minyak tu.Maybe sebab ade tekanan dalam botol.
2.Cuba pakai benda yang macam corong turas supaya mudah nak isi kan minyak ke dalam botol.
3.Try pakai tong or bekas yang lebih sesuai untuk isi minyak,elakkan pakai botol mineral.
4.Kalo ye pun nak isi,letak la botol dekat bawah.Tak payah nak pegang.Dah la kami pegang senget.
5.Cara ke-4 boleh pakai sebab aku pernah try dan benda tu berjaya.
6.Jangan kedekut sangat.Isi jela terus dalam tangki.
7.Jangan letak anu dalam botol.Mengarut.

Sumpah tak ada kaitan langsung dengan cerita aku ni.

Friday 8 April 2011

Jambu.superlawak.




Aku tak tau nak cakap macam mane.
1st time tengok lawak dahsyat macam ni.
Last week aku post video diorang.
Diz week pun aku pilih diorang.
Tak terlawan Sepah,Nabil,Jozan.
Meleleh air mata aku gelak.
Berguling-guling aku kat atas sofa tu.
lawak nak MAMPOS.

Jom Gateh!!!

Mende pula jom gateh ni.
Jom gateh ni bahasa Kelantan sebenarnya.
Maksudnya jom kayuh pelan-pelan(merujuk pada basikal).
Member aku cakap la.Jangan marah ha kalo salah.
So,awal pagi tadi sesudah subuh aku dengan 7 orang coursemate aku telah melakukan aktiviti yang kami tak pernah buat sepanjang 4 tahun jasad kami dekat sini.

Kami berbasikal dari USM sampai ke Pantai Irama,Bachok.
Dekat je.Lebih kurang 40km.
Nak pergi jauh-jauh tak berani sebab tak ada pengalaman.Try yang dekat-dekat dulu kan.

Nak berbasikal punye pasal, kami semangat pinjam dekat orang.Ade yang baru dan ade juga yang lame.
Aku pakai basikal lame.Semalam check semua ok,tapi arini aku sedikit malang bila rantai basikal aku putus.Bukan sekali tapi 2 kali.Dah tak kuat rantai tu.Mujur survival skill kami ade lagi espcially si Syakir.Die banyka mempomenkan basikal tu.

Sampai sana lepak-lepak minum,then terjumpe team-team yang dah expert berbasikal.Segan pula rase.
Basikal kami cikai je.Basikal diorang,tu diaaaaaaaa.....

Member-member aku yang lain yang pula kami ajak join tapi tak ikut semua ingat kami berbasikal under satu-satu program or persatuan.
Tak ade sebenarnya der.Buat sendiri je ni.Kayuh sendiri.Letih sendiri.Repair basikal sendiri.Underground punya.

Ape-ape pun semua benda berjalan lancar.Tak ade kemalangan,cuma jubor kami je yang kemalangan.Pedih.Lame tak naik basikal.
Adoi jek.




Aku
Kep a.k.a Abah
Adam a.k.a Palsu
Mat min a.k.a robot
Mawi a.k.a kering
Syakir a.k.a Mat kirk
iman a.k.a rambo a.k.a tarzan

ini rival kami