Tuesday, 5 April 2011

Lega.KAMI berjaya sempurnakan


Segalanya sempurna.Semalam aku dan semua coursemte aku berjaya membentangkan semua kerja thesis kami dengan jayanya.Akhirnya apa yang kami nantikan selama ni tamat dengan baik.Tapi sebelum present semalam semua berdebar-debar.Ade yang berpeluh-peluh even duduk dalam bilik yang ber air-cond dan sejuk.Boleh nampak kegelisahan dan kerisauan dihati diorang.Dari mimik muka sampai la ke tahap rembesan kelanjar peluh pada badan.Resah je nampak.Tak tenang di buatnya.Gaya mengalahkan orang tunggu anak lahir.Aku tak terkecuali.Tapi aku pegang pada satu ayat,setiap yang bermula pasti akan berakhir.So aku cuba tenangkan hati aku yang bergelora ni dengan ayat tu.Habis aje present semua aku tengok ukirkan senyuman penuh kepuasan.Hasil titik peluh kerja kami selama hampir setahun berjaya di persembahkan dengan baik.
Pembentangan thesis aku semalam terselamat dari soalan-soalan yang di luar kotak pemikiran aku.Mujur aku orang ke-2 yang bentang.Lecturer pun tak ready lagi nak tembak kot.Tapi perkara tu tak terjadi dekat sesetangah member aku.Ade yang terpakse menjawab soalan yang kadang-kadang aku pun tak sanggup dengar.Kalo aku kene konpem dah nganga je.Kesian pun ade.Nak memandai jawab pun tak boleh.Aku jumpe salah sorang yang terkena tu.Cuba untuk bagi berbual palsu dengan die.

Aku: Wi, aku rase soalan yang ko dapat tadi boleh masuk kategori 'worst question ever'.
Awie: tau tak pe,tapi jawapan aku pula boleh masuk kategori 'worst answer ever'.
Aku: hahaha memang pasrah la ko.Kalo aku mau pengsan dah.
Awie: Senang-senang nanti tengok la channel AXN,tengok rancangan Worst Case Scenario.Konpem time aku kene soal tadi keluar.
Aku:Aku tak ade Astro.Aku ade mega tv.
Awie:erk~~~

Setiap perjuangan pasti ada cabaran,setiap cabaran pasti ade masalah
Setiap masalah pasti ade penyelesaian,setiap penyelesaian pasti ade jawapan
Setiap jawapan pasti memberi kepuasan,setiap kepuasan pasti membawa kegembiraan
Hadapinya dengan sepenuh hati




















15 orang presenter.Dengan 10 orang pengkritik dan penganalisis.Terima kasih untuk segalanya.
Tahniah pada semua.=)

3 comments:

  1. wah!! tahniah.. da nak habis blajo. best gile.. jeles!! hahah

    ReplyDelete
  2. tahniah lah..nak grad dah pon!!!~_~

    ReplyDelete