Lepas habis tengok cerita Merong ni, aku dapat rasakan yang KRU telah buat kerja diorang dengan baik.Sebelum aku tengok ni majoriti kata cerita ni tak best,tapi bagi aku cerita ni okay je.Tak la teruk mana pun.
Apa yang aku buat before aku tengok cerita ni??
Kosong kan minda.Kemudian set minda aku untuk lihat filem melayu yang cuba untuk beri pembaharuan kepada industri perfileman negara.Buang kan jauh-jauh keinginan untuk lihat cerita ini sehebat dan setaraf Pairet of karibien mahupun cerita seperti Sinbad.Cuba relate kan dengan modal seciput tu, adakah filem ini masih mengeluarkan hasil yang setaraf dengan modal yang ada??Akhir sekali tengok denga tenang.
Bermula dengan itu baru aku rasa aku dapat menilai filem ni dengan seadil mungkin.Jalan cerita okay tapi sebarang dua perkara perlu di perbetulkan.Aku tak tau cerita asal Merong ni,so aku just cakap apa yang aku tengok sahaja.Dua perkara yang pelik.Orang ramai mati di timpa menara peninjau dan penggunaan prinsip Archimedes adalah satu perkara lagi yang 1000 kali pelik.Aku boleh terima bila gunakan ilmu sihir berbanding ilmu sains yang kita rasa dan tau benda tu macam tak mampu jadi.Yang lain semuanya baik sahaja.Grafik lebih baik dari cicakman.So, maknanya ada improvement.Penggunaan bahasa lama menarik minat aku.Mereka bercakap seperti bermadah,ayat tersusun rapi tatkala berbicara.Pelakon menjalankan tugas dengan baik termasuklah Datuk Rahim Razali,Ummi Nazeera dan Jehan Miskin.Puteri China cantik menawan,mana la jumpa ye.Seronok Khir Rahman bila cuba melihat apa yang ada di bawah tudung saji.Boleh tahan jahat Kemawas a.k.a big bold man.Scene berlawan bagi aku sangat baik.Yela cerita Malaysia kan before ni suka scene berlawan main-main.Ada 3 pembunuhan yang ditamatkan dengan menyelar leher pihak lawan.Amboi,ganas na hampa bergadoh.
Ending Merong mati menyebabkan kita tak dapat nak tengok Merong Mahawangsa 2(mana la tau nak buatkan,pengarahkan suka buat filem-filem sequal ni).By the way aku rasa ini percubaan yang baik dari team KRU.Moga diperbaiki lagi untuk filem akan datang.Ade certain part macam tak payah letak pun tak pe.Bagi 3 bintang boleh??Kudos.
Cuba bermain air empangan ye. |
Bile mase la korang buat anak ye. |
aku rasa kan beruang putih... yg kelakar masa embok tu tetiba emo... (nak jer aku tampor).... n masa cermin yg tak logic... tu... ingat leh tipu aku ker ahahaha.... btw... perasan tak logo my bank.... harimau tu.. LOL
ReplyDeletehahah tak perasan logo tu...toi yang cermin sgt x logik...hahaha
ReplyDeletepatut r suruh aku kosongkan minda sealam..aku tak paham r plak..lame dah tak bukak blog kan..ahaks..~_~
ReplyDeletehahahaha...amcam...ok ke x?kalo x ok kasi delete itu cerita hahaha
ReplyDelete