Monday, 30 May 2011

Selamat

Selamat menunaikan umrah dekat mama,abah,mak long and mak ngah.Semoga dapat menunaikannya dengan baik dan sempurna.Sila doakan kejayaan saya dunia akhirat selain di percepatkan jodoh dengan Shazreena Myeor.Hoyeah!!!


Sempena 14 hari  ketiadaan mereka di rumah aku kene kembalikan rutin hidup di asrama dalam diri aku.Makan tak ade orang masakkan,baju kene basuh sendiri(nasib ade mesin) dan rumah harus tersusun rapi.Semua kene berdiri atas kaki sendiri.Macam la tak biasa kan.Aktiviti sampingan aku pula adalah dengan menjenguk-jenguk kedai mak aku.Anak bos kene datang juga selalu.Kalo tak nanti pekerja mesti curi tulang punya.Tak mahu la diorang selesa sangat sebab big boss tak ade kan kikiki.Padan!!!


Aku ade misi dalam 14 hari ni.Misi untuk kuruskan badan.Ini time terbaik aku nak jalankan misi ni sebab ini la masa makanan paling sikit ade dekat rumah.Boleh la kawal sikit jadual permakanan aku.Kalo mak aku ade dekat rumah confirm dah makanan asyik ade.Bile nya nak diet kan.So harapnya misi ni tercapai.


Diet+cuba bersukan+Produk DE bella(Litchin) untuk kuruskan badan.
Nantikan hasilnya.Iniiiiiiiii seriusssss(kata mingming).

Monday, 23 May 2011

Ketiak

Aku baru balik dari pejabat mara tadi.Cari idea macam mane nak mulakan perniagaan.Mana tau ade ape-ape peluang.Boleh dapat kursus usahawan ke tak pun boleh dapat pinjaman ke.So aku gerak la ke pejabat tu dalam pukul 3 petang tadi.Nak menuju ke situ pun tak berapa nak ingat even bangunan tu familiar dah dalam hidup aku.Dalam perjalanan tadi ade beberapa trafic light aku kene tempoh.Dekat trafic light ke-2 dari rumah tadi lampu merah.Sambil nak tunggu lampu hijau mata aku meliar melihat gelagat orang keliling aku.Masa aku toleh ke kanan aku ternampak seorang amoi menaiki kereta proton saga lama.Muka biasa2 je,tak comel mane tapi berkaca mata.Time tertengok ke kanan tu,amoi tu rupenye tengah bermain dengan ketiak die.Baju sleeveless yang di pakai memudahkan die untuk melihat ketiak aku rase.Aku syak itu antara sebab kenapa die semangat main sampai tak dan dah nak tunggu dekat rumah.Aku tak tau la die cek bulu or gatal ketiak masa tu.Yang aku tau aku buat macam ni bile tengok...*erkk* (>.<).Nasib la bukan melayu.

Thursday, 19 May 2011

8 Burger

Hari ni 1st day aku berniaga burger.Tolong member sebab die pergi merantau warrior mencari ilmu di negeri orang.Buka stall burger lepas maghrib.Elok je lepas buka datang satu family order burger ayam special 3 dan benjo 2.Hati aku dah berbunga riang.Gaya macam murah rezeki je malam ni.Belum apa-apa lagi dah ada orang nak beli.Aku dengan Wan pun buat burger tu sambil tersenyum.'Ade harapan ni,ade harpaan ni' kata aku berulang kali dalam hati.Tapi kata pepatah ade cakap,langit tak selalunya cerah.Rupa-rupanya family tadi tu satu-satunya pelanggan yang beli dekat aku dengan Wan sampai la ke pukul 12.Punya la pasrah kami terima hakikat ni.Malang pula hari pertama aku jaga.Tapi tak ape,ini namenya dugaan.Jenis tabah macam aku memang relax je layan cabaran macam ni.Siap sempat tido dalam kereta kejap sambil layan si Jamal Jamaludin bace sms cintan.Then elok je nak tutup ade sekumpulan brader datang order 3 lagi burger.Hasilnya kami berjaya jual 8 burger dengan jayanya.Terasa sangat hebat dengan pencapaian ni.Aumm~~


Ini burger kami

p/s:malam jumaat ni.Adik abang hati-hati main.

Wednesday, 18 May 2011

Selamat Hari Guru

Eh dah lepas ek hari guru??aku ingat hari-hari adalah hari guru.Sebab tiap-tiap hari kita mengajar something dekat orang and belajar something dari orang.Ye tak?Sempena hari guru yang dah terlepas dua hari ni aku try la ingat-ingat balik golongan-golongan pendidik yang pernah bagi ilmu dekat aku.


1.Mak dengan ayah aku la for sure.Dari kecik sampai ke besor.Segala benda korang belajar dari mak ayah korang.
2.Cikgu sekolah.Sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menangah hatta sekolah memandu sekalipun.Tak kira la ajar subjek ape.Yang penting die ajar kita.Dari tak reti baca sampai la pandai tulis blog.Dari tak reti mengira sampai la pandai mintak diskaun bila shopping.Dari tak pandai masuk gear sampai la bawa kete 180lm/h perginya.
4.Ustaz dan ustazah.Ilmu dunia korang dah belajar,ni pula cikgu yang mengajar dunia akhirat.Dengan diorang la tempat belajar mengaji,solat,puasa dan macam-macam.Dari iqra' ke mukhaddam sampai ke Al-Quran.Asas-asas pendidikan agama belajar dari diorang.Belajar menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran.Diorang pengajar penting dalam membantu kita menuju satu tahap yang lebih baik.Menyediakan kita bekal dalam menuju perjalanan ke Tuhan yang Maha Esa.
5.Jurulatih.Ini khas untuk orang sukan la.Untuk budak bola macam aku jurulatih ni antara orang penting sebenarnya.Dia bagi tunjuk ajar sebenar cara-cara bermain dengan betul.Teknik dan taktik di lakukan dengan betul.Bukan main hentam je main.Diorang ajar kita macam mane bermain dengan menggunakan akal.Walaupun kadang-kadang arahannya macam tak masuk akal.
6.Dah masuk U pula,orang yang patut kita hargai semestinya lecturer kita.Banyak benda kita belajar dari diorang espcially benda-benda yang memerlukn tahap pemikiran yang tinggi.Ilmu-ilmu yang boleh jumpe dekat tempat tertentu je.Bukan senang nak dapat ni.Mane nak belajar pasal proses perkumuhan,penyahtinjaan ataupun proses pembentukan bayi dalam rahim wanita kalo bukan dekat orang pakar macam diorang
7.Masyarakat.Maknanya semua makhluk dekat muka bumi ni.Orang yang kita kadang-kadang kenal dan kadang-kadang tak kenal langusng.Tapi diorang ni la yang selalu tiba-tiba bagi input dekat kita macam mane untuk teruskn kehidupan dengan lebih baik.Ade perkara kita belajar dengan just tengok gelagat manusia je.Tak payah pergi kelas pun.
8.Last sekali tak lain tak bukan mestilah ikhlasjohn.Bukannya belajar dari aku pun.Maksudnya belajar dari diri sendiri.Kita akan etul-betul belajar hanya dari setiap kesilapan yang pernah kita lakukan.Diri sendiri adalah guru terbaik untuk kita majukan diri.Jadi sayangi diri anda.Jangan main dadah.Jangan main api.Nanti terbakar diri.Jangan main asid.Jangan main benda bukan-bukan.


p/s:selamat hari guru.jasa mu di kenang selagi jasad di kandung badan.=)

Monday, 16 May 2011

Makan

Hidup sebagai orang tanpa kerja ni kadang-kadang bosan,tapi kadang-kadang seronok.Selalu jadi bosan bila kita sampai satu tahap tak tau nak buat ape.Yang kita tau tiap-tiap hari buka mata mesti makan,tengok tv,online,tidur balik,tengok tv,online,makan.Itu je kita buat.Benda ni jadi seronok pula bila kita boleh buat ape-ape yang kita suka pada bila-bila masa kita suke tanpa sebarang tekanan.Seronoknya.Nak elak bosan punya pasal pula orang selalunya buat benda yang diorang tak penah buat.Contohnya macam cubaan menangkap angin,bermain guli bersama arnab peliharaan,membuka tayar basikal dan pasangkan semula dan sebagainya.
Tadi aku melepak dengan member aku.Bersembang hal kehidupan duniawi ni.Ajak dia makan.Tapi dia tak mau.Tanya die ape sebab.Kenyang ke?Dia kate bukan.Dia tak mau makan sebab bosan dah nak makan.Orang macam aku yang tak kenal erti bosan untuk makan ni memang tak mengerti perasaan tu.

Saturday, 14 May 2011

Heaven

Family aku pergi Vietnam.Aku tak ikut.Hari tu diorang pergi bandung.Aku pun tak ikut.Orang tanya aku kenapa tak ikut.Time pergi Bandung aku kate aku boikot Indon.Kes Malingsia punye pasal.Konon-konon semangat patriotik.Yang pergi Vietnam ni pula aku cakap Vietnam perang lagi.Apa fakta la aku pakai yang cakap Vietnam perang lagi.Salah zaman aku ni.Ape pun alasan sebenarnya aku tak ade hati nak pergi.Balasan untuk semua tu,aku sekarang tengah jaga kedai mak aku.Heavennya.Sekian

Wednesday, 11 May 2011

Jururawat.Hari.Selamat

Selamat Hari Jururawat,especially untuk Shazreena Myeor.Aku tau ade hari jururawat pun dari die.2 tahun lepas aku rase.Itu pun sebab die amik diploma nurse.Aku bukan jururawat,tapi aku rase jururawat antara pekerjaan yang mulia.Sebab ape mulia,sebab korang jaga orang sakit.Segala jenis pesakit dekat dunia ni korang jaga.Budak kecik,orang tua,remaja muda mudi,semua jenis orang.
Semua benda yang ade dalam hospital tu korang buat.Dari sekecik-kecik kerja macam basuh berak,sampai lah sebesar-sebesar kerja macam 'err aku pun tak tau macam ape'.Orang lahir korang ade,orang meninggal pun korang ade.Orang yang tak ade harapan hidup pun korang bagi harapan.Aku kalo jadi pesakit mesti rase nak bagi hadiah je.
Aku agak kalo kerajaan bagi korang gaji lebih sikit style jugak kan?
Semoga korang teruskan kerja mulia ni.Lakukan dengan hati yang IKHLAS.
Aummm~~

Terus tak sakit kalo nurse senyum macam ni
Ini nurse berdarah hidung punya
ucapan juga untuk abam nurse
Ini jururawat untuk aku sorang sahaja=)

p/s:tajuk entry aku nak dah macam ginger boy bercakap,tunggang langgang.




Tuesday, 10 May 2011

Panas

Aku tidur lewat semalam sebab main futsal dan lepak dekat kedai mamak.Standard rutin penganggur.Punyer la penat main futsal,sampai je kedai mamak terus aku order 3 air.'Macah!!!tea wooo ais 1,limau ais 1 dan Jus cinta satu,wokey'.Mamak tu pun angguk tanda mengerti.Jus cinta korang tau tak??kalo korang selalu lepak or sebati dengan kedai mamak korang tau la.Jus cinta tu sebenarnya sama konsep dengan teh 3 layer,cuma yang ni tukar teh tu dengan air bandung.Ngerti??Fuhh~~nikmat betul minum lepas penat main.Sambil minum air tu aku online and layan tengok bola.Hebat tak aku?3 in 1 punya kerja.Multitasking.Dah puas melepak aku dengan member-member aku si Chuyob,Wandolz,Ir Nain and Ahmad Azfar pun blah dari situ.Balik je rumah sure mengantuk.Tanpa mandi dan dengan berpakaian seluar pendek semata-mata aku rebahkan diri di katil bujang aku.Aku bangun dalam pukul 10.43 waktu Malaysia dalam keadaan badan basah berpeluh.Aku sedar,makin panas rupenye dunia ni sekarang.

Anggur


Anggur=grape,
Batas di buat demi sebiji anggur,
Tanam anggur di ladang kambing,
Tanam anggur di kedai mamak,
Tanam anggur di gelanggang futsal,
Tabur anggur keliling Ipoh,
Mengangkant dumbell berwarna anggur,
Berpeluh anggur,
Tidur berpelukkan anggur,
Makan nasi lauk anggur,
Basuh rambut pakai shampoo cap anggur,
Meratah keropok perisa anggur,
Semuanya anggur,

Bila anggur menyelubungi hidup,
ini jadinya.

Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Mama


Apa guna kalo....?

Belajar tinggi-tinggi sampai menara gading,
Kerja hebat-hebat,pangkat tinggi-tinggi,
Harta melimpah-limpah dalam bank,
Tanah berbidang-bidang,
Muka kacak,cantik pan asia,
Badan sasa,solid,lentik,
Kereta,rumah besar-besar,
Isteri cantik macam artis,
Suami hebat cari rezeki,
Bersukan menang itu,menang ini,
Main bola siap gelecek 5-6 orang sekali,
Nyanyi suara sedap,main gitar dahsyat,
Suka bersedekah,menderma pada orang susah,
Berhati mulia terhadap orang ramai,
Sembahyang cukup 5 waktu,
Memasak kalah chef wan,
Buat kek,buat kuih-muih sedap-sedap,
Pakar bagi motivasi,kata-kata perangsang,
dan semua benda yang hebat dekat dunia ni,

tapi

Kasih ibu langsung tak di hargai tak diingati.

SELAMAT HARI MAMA=)

Saturday, 7 May 2011

Kuat

Korang tau korang sekuat mane?
Korang tau korang ni selemah mane?


Makan 6 kali sehari,nasi penuh pinggan,lauk 2-3 jenis,air tembikai blended.
Yang ini kuat,kuat melantak.
Baru kene sentuh sikit rase sakit,jentik bahu pun mengeluh,jabat tangan pun rase macam kene genggam.
Yang ini lemah,lemah tenaga batin.
Sikit-sikit buat hal,conteng dinding bangunan,kacau orang ramai.
Yang ini kuat,kuat mintak penampor.
Tengok awek cun,berdarah hidung,tengok nenek seksi sikit,berdarah hidung.
Yang ini lemah,lemah iman.
Tarik bus guna rambut,kopak durian pakai gigi.
Yang ini kuat,kuat tak hingat.
Semalam kate menang rm10ribu,hari ni kate menang kereta BMW.
Yang ini kuat,kuat menipu.
Dah tua-tua main judi,beli nombor ekor.
Yang ini lemah,lemah toi aku tengok.
Kejap-kejap pergi belakang pintu,kejap-kejap celah lubang.
Yang ini kuat,kuat skodeng.
Basuh ni bersih,basuh tu pun bersih.
Yang ini betul-betul kuat,kuat Harimau!!!aumm~~



Friday, 6 May 2011

Etika

Aku exam hari tu.Mungkin last paper untuk hidup aku sebagai student.Mungkin la aku agak,sebab mane la tau aku sambung study ke.Tapi sebenarnya tak ade hati dah pun nak sambung.Beberapa hari sebelum exam aku memang dah cuba berlakon untuk belajar bertungkus-lumus.Bersengkang mata juga la even benda tu just lakonan.

Hari exam,aku just tidur 2 jam.Ini semua penangan tengok bola pagi-pagi buta.Team faveret main punya pasal,aku tolak ke tepi waktu tidur aku.Fuhh,tibe-tibe terasa macam ahli politik yang berkempen bagai nak rak before pilihan raya untuk meraih undi.Lebih kurang aku juga diorang ni.Tidur 2 jam je.Cuma misi kami berbeza.Misi aku mulia untuk ke dewan exam.Misi diorang tu pula aku tak tau sejauh mane ada kemuliaannya.

Sem ni aku buat rekod sendiri sebab masuk lewat dari orang lain.Datang-datang je,depan dewan dah kosong.Semua budak dah masuk.Aku buat slumber juga and terus masuk.Mujur tak start pun lagi.Pengawas peperiksaan tengah mengomel waktu tu.Panjang lebar aku dengar.2 minit kemudian kami boleh start jawab.Aku buka buku soalan,lepas tu jeling kanan dan jeling kiri.Bukan nak meniru dan bukan baca jampi.Itu tabiat aku je.Tengah aku layan jawab soalan,tibe-tibe dewan exam di gegarkan dengan seorang calon yang membuat larian ala-ala pelumba lari 100 meter yang mengelak lopak.

'ketuk,ketak,ketuk,ketak,ketuk,ketak'....'ketuk ketak ketuk ketak ketuk ketak'...bunyi tapak kasut.

Mengganggu betul bunyi tu.Ikut hati nak aje aku sumbat budak perempuan sebelah aku ni dekat mulut die.Ape tak reti ke jalan elok-elok??Marah betul rasenye.Dalam marah tu untuk sejenak aku tibe-tibe cuba untuk bersangka baik.Hati kecil aku yang masih suci ni cakap maybe budak tu nak pergi berak.Sebab tu die lari lintang pukang.Mungkin taik dah berada di hujung tanduk.Malangnya positive thingking aku tu tak berjaya bertahan lame sebab budak tu tetap membuat aksi larian yang same bila masuk balik ke dalam dewan.


'ketuk,ketak,ketuk,ketak,ketuk,ketak'....'ketuk ketak ketuk ketak ketuk ketak'...bunyi tapak kasut lagi


Sekali lagi die buat.Kali ni tak ada alasan dah nak kalut-kalut masuk dewan exam.Betul-betul bikin hati aku membara la ini budak.Kecelaruan emosi aku dibuatnya.Belajar tinggi-tinggi.Ambil course memang dahsyat tak ingat.Jenis yang selamatkan manusia punya.Tapi akai tak berapa nak guna.Hidup tak berapa nak beretika.Main redah je ikut suka.Asalkan bahagia.Apekah jenis orang ini?Ini sumpah jadi radio pun tak guna.

Aku nak pesan.Ko kalo nak buat larian-larian manja tu lagi aku cadang ko cuba buat dalam istana.Amacam?

Kutuk

Kita duduk dengan si A,kita kutuk si B.
Kita duduk dengan si B,kita kutuk si C.
Kita duduk dengan si C,kita kutuk si A.
Si A duduk dengan si B,diorang kutuk kita.
Si B duduk dengan si C,diorang kutuk kita lagi.
Sudah nya kitak kutuk sesama sendiri.
Sama-sama gelakkan diri kita sendiri.
Sebab kita dengan kawan-kawan kita sama je.

Wednesday, 4 May 2011

Chalie

Lehar aku kene attack dengan haiwan bernama Chalie.Damn!!!


Siapa Chalie tu?
Apa bentuk?
Warna apa?


Sampai sekarang aku tak tau.
Haiwan mitos seperti garuda rasenye.

Tuesday, 3 May 2011

Yang terkahir kali

Pritttt!!!ni bukan bunyi orang cirit.Ni bunyi refree tiup wisel.Habis friendly terakhir aku sebagai student petang tadi.Final year dah pun.Lepas ni tak ade dah nak friendly main bola.Orang ramai dah balik cuti.Refree pun tak boleh dah nak atur game.Tak ada sapa dah nak main.Yang mampu pun main petang-petang.Main gol kecik,main sambil gelak-gelak,


Tiap kali game aku bawa turun baju,turun petang awal.Ulang-ulang buat benda tu banyak kali selagi ade orang ajak lawan friendly.Lepas ni tak buat dah.Generasi lain pula buat.Aku berdoa pelajar baru yang bakal masuk universiti Apex ni bukan setakat pandai makan buku,harapnya pandai la jugak makan bola,makan balapan,makan stick hoki.Reti??

Monday, 2 May 2011

Buku

Orang selalu alergik dengan makanan.Contohnya alergik dengan makanan laut.Ada juga yang alergik dengan kacang.Macam-macam benda jadi lepas makan.Untuk awek-awek pula ade yang kulit sensitif,diorang alergik dengan certain-certain pencuci muka.Tergaru-garu lepas pakai.Kesian aku tengok.
Aku pun alergik juga.Aku alergik baca buku.Buku tak ubah macam pil tidur.Tak jauh beza pun dengan ubat batuk.Start je baca mata pedih,pale pening,badan lemah.Agak-agak apa ubat doktor boleh bagi dekat alergik aku ni?

Mee Kari

Mee Kari bukanlah makanan kegemaran aku dari dulu,kini dan selamanya.Maksud aku kalo mee kari tu ade pun okay,tak ada pun tak ape.Aku takkan buat gila nak cari.Tapi tak tau la kalo aku mengandung nanti macam mane.8 tahun yang lepas mee kari jadi salah satu santapan aku dan member-member aku saat tiba waktu rehat.Bunyi sahaja loceng bergegas kami ke kantin.Bukan nasi lemak atau kacang macha yang kami cari,tapi mee kari.Nak kate sedap,tak la sedap sangat.Nak kate tak sedap,memang tak la kan.Mee kari tu just nice.Lagipun rasenye makanan tu paling berbaloi untuk di beli.


Baju sekolah yang standard warna putih.Bila makan mee kari kadang-kadang kene terpercik ke baju sikit.Tak banyak,sikit je.Kalo kene cepat-cepat pergi basuh.Nak elak dari melekat ke baju.LEpas beli terus pergi port biasa.Jenis budak yang tak berapa ikut arahan sekolah sangat ni kalo boleh makan tak nak atas meja kantin yang di sediakan.Tepi lombong tinggal sebelah sekolah juga yang berkenan di hati.Di hati kami tapi tidak hati orang lain.Dengan matahari memancar ditambah mee kari yang panas dan separa pedas,peluh jantan  pantas mengalir ke seluruh tubuh kami.Apa pun jadi,kepuasaan tetap terasa.


Cikgu kemahiran hidup aku selalu pesan.
'Aish Yob,kita pergi sekolah ni bukan setakat nak makan mee kari je'.
Tau pula die kami selalu makan mee kari.


Ok,habis dah cerita.Itu je...
Mee kari aku makan tak sekacak ni