Monday, 30 May 2011

Selamat

Selamat menunaikan umrah dekat mama,abah,mak long and mak ngah.Semoga dapat menunaikannya dengan baik dan sempurna.Sila doakan kejayaan saya dunia akhirat selain di percepatkan jodoh dengan Shazreena Myeor.Hoyeah!!!


Sempena 14 hari  ketiadaan mereka di rumah aku kene kembalikan rutin hidup di asrama dalam diri aku.Makan tak ade orang masakkan,baju kene basuh sendiri(nasib ade mesin) dan rumah harus tersusun rapi.Semua kene berdiri atas kaki sendiri.Macam la tak biasa kan.Aktiviti sampingan aku pula adalah dengan menjenguk-jenguk kedai mak aku.Anak bos kene datang juga selalu.Kalo tak nanti pekerja mesti curi tulang punya.Tak mahu la diorang selesa sangat sebab big boss tak ade kan kikiki.Padan!!!


Aku ade misi dalam 14 hari ni.Misi untuk kuruskan badan.Ini time terbaik aku nak jalankan misi ni sebab ini la masa makanan paling sikit ade dekat rumah.Boleh la kawal sikit jadual permakanan aku.Kalo mak aku ade dekat rumah confirm dah makanan asyik ade.Bile nya nak diet kan.So harapnya misi ni tercapai.


Diet+cuba bersukan+Produk DE bella(Litchin) untuk kuruskan badan.
Nantikan hasilnya.Iniiiiiiiii seriusssss(kata mingming).

5 comments: