Wednesday, 13 April 2011

Online test

Buat pertama kali and maybe untuk terkahir kali pagi tadi aku buat online test.dR yang mengajar aku tu tibe-tibe nak buat test sebab nak bagi carry mark 20%.Dua subjek siap dalam satu hari.Kenape die terpakse nak buat online??sebab sekarang ni study week,so ade coursemate aku balik rumah.Tak dapat nak buat dekat tutorial room.Jalan paling mudah adalah dengan buat online test je.Pukul 10 pagi tadi semua mengadap laptop tunggu email dari die.Dapat je soalan terus kami jawab.Die bagi kami 2 jam je.Lewat je hantar die deduct markah.Memang kalut la buat.Soalan pula die bagi dua jenis,multiple choice questions dan essay questions.Seronok juga jawab exam online ni.Memang betul-betul mengikut arus kemajuan duniawi.Sungguh berteknologi.Habis jawab kami kene bagi jawapan kami dekat email die balik.Mujur aku hantar cukup-cukup je mase.Mudah-mudahan aku dapat fullmark.Aiyarkk!!!





Ape yang tak best test online??
1.Kadang-kadang line tenet suke buat hal,especially time saat-saat genting macam time nak dapat soalan or time nak hantar jawapan.
2.Susah nak jawab sebab nak open file soalan lagi,nak buka word untuk jawab soalan lagi,nak bace note lagi.So susah nak refer balik.Lambat.Time consuming banyak dekat situ.
3.Menaip lagi slow dari menulis.Untuk aku la.Then, selalu buat typing error.Bukan Taiping Centre ye.
4.Kalo tak ade laptop dengan PC macam mane nak jawab??


Ape yang best test online??
1.Boleh jawab sambil pakai singlet dan kain tuala je sebab jawab pun dekat bilik masing-masing.
2.Tak payah nak mandi dan bersiap.Bangun tidur terus on laptop.Jawab atas katil.Stylo.
3.Boleh refer note and kalo mampu boleh siap copy paste lagi.
4.Boleh pakat dengan roomate bahagi-bahagi jawab soalan.Cepat sikit habis.
5.Senang nak merungut dengan member kalo dapat soalan susah sebab semua online.Ramai-ramai chat.
6.Sekali sekale memaki hamun depan laptop sebab tak jumpe jawapan yang di cari.
7.Boleh jawab sambil bersarapan pagi.
8.Jawab soalan sambil sembang dengan member yang datang melepak di pagi hari.


Wow banyak lagi yang best dari tak best.Harap boleh dapat lagi test yang macam ni lain kali.

Monday, 11 April 2011

Perang.

Tadi aku tengah berperang dengan mawi(sekarang pun still).Nak perang mulut jauh.Tapi teknologi dah menyatukan kami untuk berperang gambar.Perang Naning pun tak mampu jadi macam ni.Temenggung jugah anak beriang pun terkedu kalo die ade lagi.Ini ganaz punye perang.Jenis perang tak pakai perisai.Pakai seluar,kain silang dekat badan,ikat kepala dengan kain,bawa tombak ke hulu ke hilir.Lepas redah je tanpa toleh kebelakang.Korang tengok la ape aku perang dengan die.Orang berani je mampu tengok.Yang tak berani jangan tengok.


Gambar mawi untuk aku





Gambar aku untuk mawi





Sembur.

Ini bukan cerita pasal pekebun menyembur air pada pokok bunga atau kes datin bergaduh dengan perempuan-perempuan perampas dengan memberi semburan kate-kate kesat.Ini jugak bukan kejadian manusia membunuh nyamuk dengan hanya satu semburan ridsect.


Ini cerita aku dan member aku si Botak yang terkena semburan minyak petrol tatkala cuba mengisinya ke dalam botol revive isotonik.Ape kes isi dalam botol sedangkan tangki minyak kereta kancil sewa tu pun tak penuh lagi??Jangan marah ha,ini kes budak-budak kedekut yang cuba meminimumkan perbelanjaan wang terhadap penggunaan petrol.Botol yang berisi minyak tu gunanya bila kereta kami kehabisan minyak secara mengejut.Kire kami standby la takut tersadai tepi jalan.Kebarangkalian untuk minyak habis di tengah jalan adalah tinggi sebab jarak perjalanan dengan minyak yang kami isi dalam tangki ngam2 je untuk pergi dan balik.Punye la kedekut kan.


So,bila nak isi tadi,muncung paip minyak tu kami sumbat la kedalam botol.Mulut botol dah la betul-betul muat je dengan muncung paip tu.Pemicit aku pegang,botol Botak pegang.Dengan yakin aku tekan pemicit minyak tu.Malangnya tiba-tiba minyak tu tersembur keluar seperti air semburan febreeze.Nasib baik aku kene sikit je,tapi nasib tak baik pula dekat Botak sebab semburan tu straight kena dekat muka die.Baju die pun kene sikit.Mujur tadi die ade letak perfume Hugo XY ciplak,tak la berbau petrol sangat.Itu la kata orang malang tak berbau.Dah kene malang tu baru ade bau.Itu pun bau petrol.Ini pengajaran buat kami yang kurang ajar tentang perkara macam ni.


Mungkin kene tiru cara makcik ni

Bile tengok kejadian tadi,beberapa pengajaran aku dapat pelajari:- 
1.Mulut botol jangan betul2 muat nak masuk muncung paip minyak sebab benda tu antara penyebab tindak balas berbalik semburan minyak tu.Maybe sebab ade tekanan dalam botol.
2.Cuba pakai benda yang macam corong turas supaya mudah nak isi kan minyak ke dalam botol.
3.Try pakai tong or bekas yang lebih sesuai untuk isi minyak,elakkan pakai botol mineral.
4.Kalo ye pun nak isi,letak la botol dekat bawah.Tak payah nak pegang.Dah la kami pegang senget.
5.Cara ke-4 boleh pakai sebab aku pernah try dan benda tu berjaya.
6.Jangan kedekut sangat.Isi jela terus dalam tangki.
7.Jangan letak anu dalam botol.Mengarut.

Sumpah tak ada kaitan langsung dengan cerita aku ni.

Friday, 8 April 2011

Jambu.superlawak.




Aku tak tau nak cakap macam mane.
1st time tengok lawak dahsyat macam ni.
Last week aku post video diorang.
Diz week pun aku pilih diorang.
Tak terlawan Sepah,Nabil,Jozan.
Meleleh air mata aku gelak.
Berguling-guling aku kat atas sofa tu.
lawak nak MAMPOS.

Jom Gateh!!!

Mende pula jom gateh ni.
Jom gateh ni bahasa Kelantan sebenarnya.
Maksudnya jom kayuh pelan-pelan(merujuk pada basikal).
Member aku cakap la.Jangan marah ha kalo salah.
So,awal pagi tadi sesudah subuh aku dengan 7 orang coursemate aku telah melakukan aktiviti yang kami tak pernah buat sepanjang 4 tahun jasad kami dekat sini.

Kami berbasikal dari USM sampai ke Pantai Irama,Bachok.
Dekat je.Lebih kurang 40km.
Nak pergi jauh-jauh tak berani sebab tak ada pengalaman.Try yang dekat-dekat dulu kan.

Nak berbasikal punye pasal, kami semangat pinjam dekat orang.Ade yang baru dan ade juga yang lame.
Aku pakai basikal lame.Semalam check semua ok,tapi arini aku sedikit malang bila rantai basikal aku putus.Bukan sekali tapi 2 kali.Dah tak kuat rantai tu.Mujur survival skill kami ade lagi espcially si Syakir.Die banyka mempomenkan basikal tu.

Sampai sana lepak-lepak minum,then terjumpe team-team yang dah expert berbasikal.Segan pula rase.
Basikal kami cikai je.Basikal diorang,tu diaaaaaaaa.....

Member-member aku yang lain yang pula kami ajak join tapi tak ikut semua ingat kami berbasikal under satu-satu program or persatuan.
Tak ade sebenarnya der.Buat sendiri je ni.Kayuh sendiri.Letih sendiri.Repair basikal sendiri.Underground punya.

Ape-ape pun semua benda berjalan lancar.Tak ade kemalangan,cuma jubor kami je yang kemalangan.Pedih.Lame tak naik basikal.
Adoi jek.




Aku
Kep a.k.a Abah
Adam a.k.a Palsu
Mat min a.k.a robot
Mawi a.k.a kering
Syakir a.k.a Mat kirk
iman a.k.a rambo a.k.a tarzan

ini rival kami