Friday, 6 May 2011

Kutuk

Kita duduk dengan si A,kita kutuk si B.
Kita duduk dengan si B,kita kutuk si C.
Kita duduk dengan si C,kita kutuk si A.
Si A duduk dengan si B,diorang kutuk kita.
Si B duduk dengan si C,diorang kutuk kita lagi.
Sudah nya kitak kutuk sesama sendiri.
Sama-sama gelakkan diri kita sendiri.
Sebab kita dengan kawan-kawan kita sama je.

Wednesday, 4 May 2011

Chalie

Lehar aku kene attack dengan haiwan bernama Chalie.Damn!!!


Siapa Chalie tu?
Apa bentuk?
Warna apa?


Sampai sekarang aku tak tau.
Haiwan mitos seperti garuda rasenye.

Tuesday, 3 May 2011

Yang terkahir kali

Pritttt!!!ni bukan bunyi orang cirit.Ni bunyi refree tiup wisel.Habis friendly terakhir aku sebagai student petang tadi.Final year dah pun.Lepas ni tak ade dah nak friendly main bola.Orang ramai dah balik cuti.Refree pun tak boleh dah nak atur game.Tak ada sapa dah nak main.Yang mampu pun main petang-petang.Main gol kecik,main sambil gelak-gelak,


Tiap kali game aku bawa turun baju,turun petang awal.Ulang-ulang buat benda tu banyak kali selagi ade orang ajak lawan friendly.Lepas ni tak buat dah.Generasi lain pula buat.Aku berdoa pelajar baru yang bakal masuk universiti Apex ni bukan setakat pandai makan buku,harapnya pandai la jugak makan bola,makan balapan,makan stick hoki.Reti??

Monday, 2 May 2011

Buku

Orang selalu alergik dengan makanan.Contohnya alergik dengan makanan laut.Ada juga yang alergik dengan kacang.Macam-macam benda jadi lepas makan.Untuk awek-awek pula ade yang kulit sensitif,diorang alergik dengan certain-certain pencuci muka.Tergaru-garu lepas pakai.Kesian aku tengok.
Aku pun alergik juga.Aku alergik baca buku.Buku tak ubah macam pil tidur.Tak jauh beza pun dengan ubat batuk.Start je baca mata pedih,pale pening,badan lemah.Agak-agak apa ubat doktor boleh bagi dekat alergik aku ni?

Mee Kari

Mee Kari bukanlah makanan kegemaran aku dari dulu,kini dan selamanya.Maksud aku kalo mee kari tu ade pun okay,tak ada pun tak ape.Aku takkan buat gila nak cari.Tapi tak tau la kalo aku mengandung nanti macam mane.8 tahun yang lepas mee kari jadi salah satu santapan aku dan member-member aku saat tiba waktu rehat.Bunyi sahaja loceng bergegas kami ke kantin.Bukan nasi lemak atau kacang macha yang kami cari,tapi mee kari.Nak kate sedap,tak la sedap sangat.Nak kate tak sedap,memang tak la kan.Mee kari tu just nice.Lagipun rasenye makanan tu paling berbaloi untuk di beli.


Baju sekolah yang standard warna putih.Bila makan mee kari kadang-kadang kene terpercik ke baju sikit.Tak banyak,sikit je.Kalo kene cepat-cepat pergi basuh.Nak elak dari melekat ke baju.LEpas beli terus pergi port biasa.Jenis budak yang tak berapa ikut arahan sekolah sangat ni kalo boleh makan tak nak atas meja kantin yang di sediakan.Tepi lombong tinggal sebelah sekolah juga yang berkenan di hati.Di hati kami tapi tidak hati orang lain.Dengan matahari memancar ditambah mee kari yang panas dan separa pedas,peluh jantan  pantas mengalir ke seluruh tubuh kami.Apa pun jadi,kepuasaan tetap terasa.


Cikgu kemahiran hidup aku selalu pesan.
'Aish Yob,kita pergi sekolah ni bukan setakat nak makan mee kari je'.
Tau pula die kami selalu makan mee kari.


Ok,habis dah cerita.Itu je...
Mee kari aku makan tak sekacak ni