Thursday, 31 March 2011

Sila beri tepukan


Sila tengok video ni.
Sila jangan gelak kalo terror.
Sila jangan senyum kalo mampu.
Sila tahan kentut sambil layan video ni.
Sila beri tepukan tak gemuruh bila dah habis tonton.
Ada berani??
Sahut cabaran ini.
Kalo tak berani.
Jangan geletek diri sendiri.


p/s:kredit tu cik husna sebab share dekat fb


Saturday, 26 March 2011

Masa


Masa itu emas.
Masa itu ibarat sebilah pedang.
Betapa berharganya ia.
Betapa tajamnya ia.
Gunakan sebaik mungkin.
Nescaya ia akan lebih bernilai.
Nescaya ia tidak akan menghunus kita.
Hormati masa yang diberi.
Jangan khianati masa orang lain.
Kerana setiap masa tidak boleh di cari ganti.
Masa adalah segalanya.
Kita berubah mengikut masa.
Masa tak akan sesekali menunggu kita.
Kita penentunya .
Bukan orang lain.
Ini semua demi sebuah masa.





Friday, 25 March 2011

Lost World of Tambun

Cinta yang hilang sukar di cari ganti.
Tapi DUNIA yang hilang.
KAMI sudah temui!!!!












25.3.2011.Lost World of tambun.Kepuasan yang tak terhingga.Terutama bila dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan.Main memang tak ingat dunia.Dunia pun dah hilang.Mane nak ingat kan.Tiket masuk yang basic rm38 untuk dewasa,rm32 untuk kanak-kanak dan free untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang ketinggian bawah 90cm.Yang tinggi jangan nak buat-buat jadi pendek.Waktu masuk 11pagi-6petang.Public holiday start 10pagi.So,aku senaraikan dekat korang kenapa korang perlu pergi DUNIA ini.


1.Ade dua jenis papan gelongsor yang menarik.Satu yang gerak straight je dan yang satu lagi pusing-pusing.Pelampung disediakan.Tak payah kalut nak sewa untuk main papan ni.Benda ni memang mencabar.Seronok giler dapat jerit.Kalo korang tak jerit main benda tu better korang pergi buat benda lain.Pergi panjat gunung Kinabalu ke.


2.Pantai buatan tangan kaki dan mulut yang luas dan bersih.Juga menyediakan kawasan untuk bermain volleyball.Bola boleh sewa ya.So kalo ramai-ramai datang boleh la main volleyball.


3.Hot springs antara yang terbaik.Dulu pergi just ade 1 kolam je.Tapi sekarang dah renovate and diorang tambah ade foot spa,jakuzi,infinity pool dan gua berwap.Pada yang tahan panas boleh try.Yang tak tahan boleh tengok je.Tapi jangan risau tak panas mane pun.40 darjah celcius sahaja.Tak terbakor pun telor.


4.River yang terpanjang pernah aku lalui. Sungai ni disertakan ombak buatan yang kuat yang membantu pergerakan crew-crew aku yang berpaut di atas pelampung.Sungai ni melalui seluruh kawasan dalam Lost World of Tambun ni.Lagi best kalo korang lawan lumba naik pelampung dengan member yang ada.Tengok sape pandai  kayuh pelampung kasi laju.


5.Amusement park yang sepatutnya menarik.Kami punye trip kali ni amusement park just ade buaian dan bot terbang sahaja tapi pirate ship kami tak dapat naik sebab under maintainance.Rugi rase tak dapat naik yang tu.


6.Petting Zoo.Time pergi trip ni tak dapat tengok banyak sebab hujan.Tapi dari pengalaman trip lepas memang puas la pergi petting zoo ni.Macam-macam binatang ade.Jinak belaka.Korang boleh bagi makan siap.Untuk certain biatang la.Takkan ular pun nak bagi makan.Antara binatang yang ade;rakun,arnab.guinea pig,ferret,iguana,parrot,pelbagai jenis burung,kambing gurun dan banyal lagi.Korang pergi tengok sendiri ye.
Aku bukan tauke zoo pun nak kenal semua binatang.


7.Tiger Valley.Tak sempat pergi sebab kesuntukkan mase.Asyik main air je.Tapi dekat sana korang boleh tengok anak harimau.Comel tahu.Yang bapak harimau pulak diorang akan tunjuk cara bagi makan dekat harimau-harimau ni.Sekali hadap seekor ayam yang dibahamnya.Ayam yang di makan tu yang dah di sembelih dan dibuang bulu ye.Bukan ayam hidup dan bukan jugak ayam Thailand.

8.View yang menarik. Sesuai dengan name.Kawasan ni didirikan dengan suasana di zaman puba kala.Struktur dan rekaan bangunan juga menarik.Memang sesuai untuk ambil gambar and buat shooting.


Semua yang aku cakap ni termasuk dalam pakej basic sahaja.Extra activity yang korang nak boleh tengok dekat sini.
Sedikit kekurangan yang ade korang tak boleh main gelongsor kalo pakai long pants.Sila sediakan seluar tight or short pants.Baju pakai ape-ape pun boleh sebab isteri Dr yang iringi trip aku ni pkai baju tradisional india siap pergi mandi hari tu.


Add caption
p/s:mau datang lagi rase.IPOH MALI...

Tuesday, 22 March 2011

Baru layan.Lambat betul.

Seperti seekor kura yang merangkak...
seperti siput babi yang mengensot...
Begitulah lambatnya aku melayan cerita Step Up 3.
Step up 1 & 2 aku pun tak ingat dah siapa wataknya.
Teruk betul long term memory aku.
Mujur name ingat lagi,no. ic tahu lagi,alamat rumah tak pernah silap lagi,nasib...nasib....

Step Up 3 bagi aku memang terbaik la.
Setiap tarian yang ditunjukkan memang menterujakan aku.
Cara diorang koreograf tarian tu sangatlah terbaik.
Geng jahat ke geng baik ke same je power.
Tapi yang paling power sekali yang buat tarian ROBOT.
Giler hebat mamat tu buat.Terkezut aku dibuatnya.
Hatta semut yang lalu lalang pun terhenti seketika.
Terkesima katanya.
Yang pelik dalam cerita ni gaya nak bergaduh bertumbuk pe semua,tapi sebenarnya nak  bergaduh menari je.
Baju siap ade radio.Ke hulu ke hilir bawa.Senang nak dengar pengumuman buka puasa kot.
Korang layan video ni.Jangan jadi robot sudah.Kena air nanti karat.


Monday, 21 March 2011

Basuh baju.Banyak bertimbun.

Dah lama rase tak basuh baju.Habis stok baru reti nak mengadap bakul baju.
Sabun basuh baju pun dah naik heran tiba-tiba aku nak pakai die.
Berus sabun sah-sah tak ada.Jenis sapu ape yang ade dekat bilik basuh je.
Agak-agak ape sabun aku pakai??
Sejak dua menjak ni aku minat jenama daia.Bau harum semerbak kasturi.
Beli yang paling murah punya.RM2.90 untuk 6 pak 125 gram.
Baju rendam dulu.Lepas tu baru tonyoh sekuat hati.Tak kuat mane pun sebenarnya.
Ni aku selit sikit sabun-sabun yang pernah bertakhta di hatiku.Hati korang aku tak tau.




Lupekan yang lain.Ini sabun aku.
Tak ingat bile aku pernah pakai
Ini aku agak team Harimau Malaya sure pakai untuk basuh jersey.

Yang ini korang tak ingat memang saje ler.
Seorang makhluk yang aku rase name trojan naik atas bus .
'Letak sahaja di tempat yang terkena dan ia akan menjadi seperti baru'
Menghapuskan kotoran denga hanya 1 cucian.Bleh caye??
Sepintas lalu je sabun ni basuh terus bersih cantik.Dalam iklan la boleh la buat.cess!!
Ini kerja Amerika je serang-serang orang ni.Korang jangan buat pulak.

Ini jenama yang sentiasa di perkotak-katikkan oleh pengusaha iklan sabun.
'INI JENAMA X'
Cari sabun keluar gambar ni.Name die sabun kot
Comeyy!!!

OUT!!




p/s jangan main sabun.tak elok.

Sunday, 20 March 2011

Zizan Rajalawak ft Dina-Selamat Tinggal



Tibe-tibe aku upload video lagu.
Saje kongsi dengan korang lagu ape aku tengah layan sekarang.
Kredit tu ssr sebab tolong carikan video klip ni.
Mostly member-member aku tak tau lagi lagu ni.
Bile dah tau pulak semua naik heran sebab ade Zizan.
Zizan menyanyi???
Semua orang duk pelik
Yang lagi best bile tengok klip video ni ramai yang gelak at the first time.
Diorang gelak bukan sebab klip ni kelakar tapi sebab tak tahan tengok muka Zizan.
Buat serius pula muka.
Memang orang gelak la kan.
Anyway bagi aku lagu ni sedap.
Percubaan pertama yang baik dari zizan.
Model perempuan memang terbaik.Semua tak percaya bile aku cakap die member aku.Tak boleh ke aku member dengan die?
Tapi memang aku tak kenal pun awek ni sebenarnya.hoyohoyo.
So korang layan sendiri ye klip ni.
Aku nak describe pun tak reti.
Apatah lagi bermadah pujangga.

p/s:jangan tinggal aku di sini sayang

Saturday, 19 March 2011

Last minute.Sudah sebati.



Dateline untuk final year project aku dah nak dekat tapi aku still relax and cool macam tak ade ape-ape nak jadi.
Tengok sekarang tau dah.Slumber je aku buat entry.
Bukannya aku tak kisah tapi benda ni macam dah sebati dengan aku.
Maybe sebati juga dekat semua orang.
Orang Malaysia,orang Uganda,orang Timor Leste.Sama je semua kot.
Selalunya kalo tak ade pressure memang tak jalan banyak la kerja aku.
Jalan sikit je .Selangkah dua je adalah.
Kadang-kadang seronok tengok member-member aku yang lain kene push dengan supervisor diorang.
Dalam sumpah seranah tu kerja tetap kene jalankan sebab supervisor nak tengok.
Untungnya diorang tak ada nanti  last minute kelam nak buat.
Lain la aku,mau berterabur siapkan kerja nanti.
Aku tengah fikir macam mane nak buang tabiat ni.
Kalo tak ubah memang parah aku nanti.
Tapi masalahnya orang-orang sekeliling aku pun perangai same.
Bayar saman last minute.(marah abam polis)
Potong lampu isyarat last minute.(Boleh bawa maut)
Basuh baju last minute(baju habis baru teringat).
Skor last minute.
Lepaskan gol pun last minute.
Booking hotel las minute.
Beli tiket bus last minute.
Semua last minute.
Ape ni???
Aiyarkk!!!
Aku tak ada jawapan untuk tabiat ni.
Korang pergi la cari sendiri.
Cari la dekat Mydin ke,Jusco ke,Kedai Ah Tam ke,Kedai basikal Tiger ke.OK!!
Tapi aku rase...
Mungkin semua tu atas diri kita je.

OUT...


Friday, 18 March 2011

Rajalawak 5 melabuhkan tirai




Rajalawak musim ke-5 akhirnya melabuhkan tirainya malam ini.Rajalawak season ni bagi aku memang terbaik dari ladang,estate2,factory2 dan kilang2 berbanding rajalawak yang sebelum ni.Sebabnya season ni la yang produce ramai pelawak yang boleh pakai.Yang bukan sekadar buat lawak syok sendiri.Antaranya Nazmi,Epy,Leman Pokke and 3 finalist yang ade.Geng KAMI and KOPI O tak lawak ye.Yang tu mintak maap cakap.


Hari ni final rajalawak berlangsung.Aku baru je habis layan and pemenang untuk malam ni tak lain tak bukan adalah MAN, dikuti R2 dan BALAS.Rasanye tak ade orang nk komplen pasal pemenang mende ni sebab MAN memang layak menang.Lagipun ini bukan pertandingan gaduh pilih lagu tolong ingatkan aku tu.Ini rajalawak,semua orang puas hati punya.Aku pun puas sebab peserta favourite aku bolot 1-2.Wak dalam R2 ko memang lawak.Aku tak tipu.Overall persembahan final ni tak la mengancam berbanding minggu-minggu lepas kecuali persembahan muzikal komedi MAN.Yang lain semuanya lebih sikit je dari sederhana.Maybe neves kot.


Persembahan Jozan memang mantap.Part meniru Jamal Abdillah tu sampai bila-bila pun aku suka.Terus terang cakap diorang antara salah satu sebab kenapa aku tengok rajalawak.Nak dengar diorang berlawak je.Menganjing orang memang tak hingat punya.Zizan dah teror rap sekarang ye.'Tak caya tanya budak-budak perempuan tu'


Juri rajalawak malam ni bagi aku memang bertugas untuk memuji sahaja dan tidak mengeji.Tapi kadang-kadang pujian tu macam terlalu palsu.Persembahan biasa je tapi puji menggunung.Arahan pihak atasan rasenye.Nak tolak tak berani.Yang David Teo nyanyi lagu amuk tu bukan arahan ye.Itu die punya hal.Kita yang dengar ni tadah jela.


Rajalawak dah habis.Lepas ni ade Maharajalawak pula.Menda ni??korang tunggu 1 April nanti ye.Tahun ni tau.Bukan tahun depan or 3-4 tahun lagi.Tahniah buat MAN dan yang lain-lain.OKB sekarang,100ribu woo.Pesanan aku jangan berhenti melawak.Terus hiburkan kami.

Peserta rajalawak 5


Finalist rajalawak 5


Ini dia rajalawak yang kita cari.Kayo Pokcik


Epy.Peserta fav Jozan untuk di bahan.
Mamat ni klakar juga.Muka memang tak boleh blah

Mereka penyeri.Tobat lawak nak mampos diorang ni.








Wednesday, 16 March 2011

Promosi.Ini memang menarik.




Aku malas nak tulis entry ni sebenarnya sebab semalam baru tulis pasal McD .
Dah macam betul-betul buat research pasal McD la pula.
Dah macam promoter McD pun ade.
Malam tadi aku dan beberapa orang kawan aku pergi McD
Tak plan pun nak pergi sebenarnya.(Yusran punyer keje semua ni)
Tapi McD buat promosi yang kami tak boleh nak tolak.
Nampak gambar dekat atas tu??
Nampak tulisan besar yang tulis '2 free Big Breakfast'??
Menarikkan??

Promosi ni kawan aku jumpa dari fb kawan die.
Kire kebetulan juga la.
Kami ni memang tak boleh tengok promosi-promosi ni.Teruja rase.
Tambah bab-bab makanan.
Cuba bayangkan dengan pembelian at least rm5 terhadap apa jua makanan di McD,korang boleh dapat free 2 big breakfast  apabila disertakan kupon yang aku tunjuk ini.
Memang syiok la kan.
Apa lagi terus kami print kupon ni and pergi dekat McD yang berdekatan.
Memang puas hati makan.Kenyang dan sedap.

Tapi macam biasa setiap benda mesti ade limitation.
Time beli  mestilah time breakfast dekat McD 4a.m.-11a.m
Drive thru tak layan ye.
Kupon ni valid sampai 31/3/2011 ni je.
Masuk bulan april korang pergi beli juga memang korang kene aprilfool je dengan orang-orang McD nanti.
Kupon ni korang tak payah nak print kaler-kaler.
Hitam putih Ronald McDonald terima dah.
Jangan nak tunjuk kaya sangat.
Ape-ape hal korang tengok kat sini la ye.
Sebarang kemusykilan jangan tanya aku.Jangan juga tanya mak Tam.


Tuesday, 15 March 2011

KFC or McD







VS






Sebab ape aku tulis benda ni,sebab aku pergi makan KFC semalam and beberapa hari lepas aku pergi makan McD.Tempat di rahsiakan.Tapi korang boleh agak la dekat mane berdasarkan current location aku.So,berdasarkan pemerhatian aku sejak beberapa bulan ni (buat kerja karut,tak ada sape pun suruh) aku dapati tarikan untuk pergi ke fastfood bernama KFC semakin berkurangan berbanding McD.Kenapa??Mari kita tengok ape yang aku fikir same tak dengan korang.

1.Makanan McD rase semua standardize berbanding KFC.Maksudnya if pergi mane-mane McD mesti rase same je kan.Kalo KFC pula,kejap yang ini sedap,kejap yang ini tak sedap pula.Rase lain-lain.Kualiti tak dijaga.

2.Side dishes Mcd lebih menarik.Aiskrim dari McD memang KFC langsung tak boleh lawan sebab KFC tak ada cipta pun kan.Bubur ayam and epal pie pun best.So,orang ade sebab nak pergi McD just for the sake nak makan benda macam ni je especially untuk orang yang saje nak teman member makan.Tak perlu la die nak beli set juga kan.

3.Makanan-makanan yang KFC selalu cuba cipta(cubaan menjadi kreatif dan inovatif) untuk rangka promosi kebiasaannya gagal.Jarang sedap.Selalunya tak mencapai standard.McD pula selalunya berjaya, sedap dan ia lebih menarik perhatian pelanggan.

4.Promosi dari KFC sangat tak menarik.Sebagai contoh KFC bagi coupon rm1 untuk pembelian Zinger burger tapi hanya untk hari selasa,tengah hari dan terhad untuk beberapa KFC sahaja.Banyak betul la syarat.McD pula selalunya promosi yang cuba di buat memang best.Tengok time McValue lunch cukup dah.Berpusu-pusu orang pergi beli dari pukul 12-3 pm.

5.Dekorasi dalaman McD lebih menarik dan convenient berbanding KFC yang kurang up to date.

6.Kecekapan pekerja McD lebih tinggi berbanding KFC.KFC yang aku pergi makan semalam,pekerja die biar je meja yang lepas digunakan tidak dibersihkan.Singki tersumbat tak dibersih or diperbetulkan.Tak best la macam tu.Ini restoran fast food.Bukan warung-warung kampung.Sila jaga kebersihan ye.

7.McD buat 24 jam.KFC pun terdetik nak buat 24 jam juga.Bagus idea tu.Tapi yang tak bagusnye bahan mentah tak cukup.Orang datang pukul 2 pagi ayam nak tak nak je ade.Mana boleh macam tu.Kalo tak mampu jangan buat 24 jam,Buat je 23 jam.

8.So far ini aje aku dapat or nampak,kalo korang agak-agak nak tambah or tolak sila la ye.

9.Ini semua bukan salah Colonel KFC and bukan juga betul Ronald McDonald.


p/s:Aku kenal KFC dulu dari McD.Apa jadi pun aku tetap datang.Cuma cuba la perbaiki ye.Peace.

Dua kes.Satu malam

1.Ini kes pertama.Kes ni jadi time aku nak pergi makan malam dekat kedai Nurliani bersebelahan Mydin.Tengah sedap tunggu nasi dekat kedai tu tibe terdengar bunyi hon.Bunyi yang kebiasaannya mesti akan mendatangkan bencana.Kebarangkalian untuk eksiden lepas bunyi tu adalah sangat tinggi.Aku macam biasa kurang ambil port sangat selagi benda tu tak pasti eksiden.Sekali tiba-tiba bunyi gedegang!!!Sah eksiden.Kalo jenis darah melayu pure macam aku ni tak sah kalo tak jaga tepi kain orang.Sepantas kilat aku pergi dekat depan Mydin tu.Ade kereta eksiden rupenye.Tapi bukan part eksiden yang aku nak ce citer,part orang pecahkan kereta sebenarnya yang tarik perhatian aku.Seorang brader yang memegang kayu besbol dengan gagah dan slumber sambil berlari-lari anak telah pecahkan sebuah kereta.Ganaskan.Tapi ada sebab.Takkan nak pecahkan tiba-tiba.Kereta yang dipecahkan tu adalah kereta orang yang menyebabkan eksiden.Brader tu suruh die turun sebab nak setel elok-elok.Tapi die boleh tak mahu turun.Siap nak cabut lagi.Memang panas hati la brader tu.Memang selamat kereta orang tu makan kayu besbol.On da way die nak cabut dengan kereta kancil die yang semput tu,sempat lagi die dengan tak sengaja membantai dua buah kereta lagi.Mamat ni stail bawa kereta macam dekat funfair.Memang boleh buat gaduh betul.Sekarang dengar khabar dah kene tangkap dengan polis.Dari mulut orang aku dengar mamat bawa kereta tu tak betul sangat.Haish nape la  bagi orangg tak betul bawa kereta??nasib tak ada yang maut.

2.Kes kedua.Sama waktu dengan yang di atas.Sama tempat.Tapi lain kejadian.Aku dengan senang hati telah terambil motor yang slah untuk pergi makan tadi.Aku pinjam motor member.Dia ade motor LC merah dan EX5 merah.Tapi yang die bawa ke U hari ni motor EX5 merah.Aku pula ingat die bawa motor LC merah.So,lepas die bagi kunci(kunci EX5) aku turun dekat garaj motor.Sekilas pandang aku terus nampak satu motor LC merah.Memamg sebijik macam budak tu punye.Tanpa fikir panjang aku terus pergi dekat motor tu buka seat ,ambil topi and terus start.Ok je kan.Macam tak ade ape-ape. Itu yang pelik sebab rupa-rupanya aku salah motor.Nasib la tuan punyer motor aku kenal.Nahas betul kalo orang kate aku mencuri.Memang pelik+bahaya sebab kunci EX5 boleh pakai start motor LC.So,sape-sape yang ade motor LC sila berhati-hati.Motor anda dalam bahaya.Peringatan keras ini adalah dari persatuan ibu-ibu mengandung.

Repair Basikal

Mentari pagi menyinar terang menembusi celahan langsir bilik aku.Aku bangun menggosok mata.Aku capai cermin mataku yang terletak jauh di hujung katil.Arghh apa aku mengarut ni.Sebenarnya aku nak cerita dekat korang pagi tadi aku pergi repair motosikal.Dah dekat seminggu bawa asyik bunyi macam ni je.  
Ktang!! Ktang!! ktang!!
Tahap kesihatan motor aku ni penuh dengan kesangsian.Nak repair tak reti.Aku bukan jenis pro bab-bab motor ni.So,aku pun dengan tekad hati pergi bawa motor ni ke workshop.Aku tanya brader pomen tu. 
'Abe,moto saye ni ade bunyi ktang!! ktang!! la bilo bawok.Bakpo eh?'.
Brader pomen dengan tenang dan macho terus mengecek motor aku.Beliau pun cakap sprocket aku rosak.Kene ganti.Aku kecewa mendengarnya.Confirm duit aku melayang-layang.Tapi demi sebuah motor yang aku sayang aku tak kisah bergolok gadai keluarkan sedikit wang.Motor aku lagipun bukan motor orang lain.
Ini adalah sebuah sprocket.

Duit melayang saat aku kekeringan.Aku suke

Dalam tengah tunggu dan tengok abe pomen repair motor aku,tibe-tibe aku teringat zaman kecil-kecil aku dulu yang suke pomen-pomen basikal.Aktiviti yang cukup digemari budak lelaki seusia dan seligat aku dulu terutama time sekolah rendah.Duduk depan rumah,terbalikkan basikal,godek sana godek sini konon-konon tau ape nak buat.Lepas tu cabut tayar,cabut batang seat,cabut kepala basikal,tegangkan rantai basikal,betulkan kalo tayar gelong(bila bawa basikal tayar pusing ke kiri ke kanan) dan macam-macam lagi la.Kadang-kadang benda tak perlu buat pun saje gatal tangan nak cabut@repair.Itu baru bab repair basikal.Belum masuk bab modify basikal.Habis seluruh body basikal nak di ubah.Tambah kalo basikal tu basikal yang jenis beraga.Cukup gemar la budak-budak ni nak ubah.Barang-barang aloi mesti dah wajib kene letak especially batang seat,nat tayar,stand and kadang-kadang ade tambah tanduk aloi siap.Yang part tanduk aloi selalunye orang ubah dekat basikal moutain bike.Tayar pun tak nak pakai tayar biasa.Sorang nak tayar sotong,sorang lagi pula nak tayar haro(color putih), baru ade style katenye.Tak nak kalah semuanya.Masing-masing berlawan.Seronok bile tengok semua orang dengan gaya basikal masing-masing.Petang-petang pergi lumba basikal.Kayuh punya kayuh lepas tu jatuh.Badan calar-balar tapi tak nangis.Baru jantan kata orang.Budak sekarang buat lagi ke benda macam tu ??
Bukan gambar penulis..

Bila fikir balik,bezanya rasa aku sekarang dengan zaman kecil-kecil.Sekarang ni tak ade pun aku nak ambil tahu sangat tentang repair motor ni berbanding time aku budak-budak.Rajin je ambil tahu pasal basikal.Kenape jadi macam tu agak-agaknye ye??adakah sebab tahap kesukaran repair motor tu yang jauh lebih tinggi dari repair basikal??adakah sebab aku ni dah ade banyak benda lain nak fikir berbanding benda remeh macam ni??adakah sebab minat aku dah semakin pudar terhadap arena repair-repair ni?? atau adakah bukan semua perkara diatas?? Jadi same-same lakorang tolong aku fikirkan.Mungkin zaman dah berubah.Keperluan dan kepentingan dah berubah.Atau aku yang berubah.(-___+")

Monday, 14 March 2011

Derma Kilat.Bola Lesap.

Bola kami jambu.Kami juga begitu

Dari satu bangunan ke satu bangunan.Dari satu bilik ke satu bilik.Dari satu orang ke satu orang.Tak sampai 2 jam aku dapatkan sejumlah wang hasil dari derma kilat beberapa orang pelajar.

Sebab utama buat derma kilat ni bukan sebab banjir pun tapi sebab kami kehilangan bola untuk main petang-petang.kami dari persatuan 'Budak bola petang-petang' berasa sangat kecewa dengan kejadian macam ni.Jadi tanpa berfikir panjang aktiviti derma kilat di jalankan.Terima kasih aku ucapkan pada yang menderma.Terutama untuk budak yang memang wajib main bola petang,ahli takraw petang-petang,ahli basketball petang-petang dan yang paling best derma dari ahli persatuan tak pernah turun petang-petang.Aku sangat terharu dengan kesudian korang.Even ade yang takkan main bola tu,korang tetap bagi sumbangan.Nanti datang bilik aku tendang bola tu ye.Klik like la macam ni dekat korang.

So,petang tadi dapat main bola baru.Sedap bola tu.Kalo aku tau aku buat gulai ayam.Pandai botak,bosa 1,bosa 2 dan Si kurus pilih.Nak minta Al-ikhsan sponsor segan.Jadi jawabnye tak mintak la kan.Lepas ni sape-sape nak curi bola ni mesti 2 3 4 5 dan 1000 kali fikir sebab ade ramai kaki boleh rembat diorang yang cuba membuat aksi maut seperti itu.Ini peringatan.Jangan anggap ia umpama peringatan 'Dilarang membuang sampah di sini,denda rm500'.Ini lebih serius dari itu.Cuak!!!Jangan cuak.Aku geli-geli je warning ni.Bola itu bulat.Bola bujur bola ragbi.

p/s:yang tak bayar lagi kami takkan passing bola dekat korang ye.ahakzz!!




Supervisor Final Year Project aku menghilang

Berdasarkan tajuk diatas,aku telah mendapati bahawasanya aku punya supervisor FYP telah menghilangkan jasadnya dari pandangan mata kasar aku bila beliau telah pergi ke World Cup Kriket 2011.Aku tahu sure sorang pun tak tau sekarang tengah World Cup Kriket kan.Yang tahu sila angkat kening.Berbalik pasal FYP tadi, aku dan sorang member aku yang berwajah ala-ala pelakon Hong Kong telah dibiarkan terkontang-kanting untuk menyiapkan FYP ni.Aku risau.Tak siap benda ni.Tak graduasi aku jawabnye.Tak berbaloi tak graduasi sebab benda macam ni.Bukan tak boleh buat sendiri.Tapi aku perlukan seorang yang pakar untuk guide aku yang masih amatur ni.Mungkinkah aku sebenarnya tengah ambil PHD??Semestinya tidak.Dalam otak aku ligat fikirkan tindakan-tindakan emergency yang aku patut buat untuk selamatkan kehidupan aku ni.Perlu ke aku bertindak sendirian tanpa bantuan dari dia??Perlu ke aku ke World Cup tu untuk cari die??Perlu ke aku extend??(woo ni tak perlu sebenarnya) dan perlu ke aku perlu lakukan apa yang aku tak perlu lakukan.Berputar alam pula ayat aku ni.Tapi tak ape la.Ape terjadi aku akan tetap setelkan.Ini semua ujian.Aku yang diuji perlu bagi jawapan yang terbaik.Mengalah bukan cara aku.Itu cara si Luncai.


Buat Supervisor aku
Sila la pulang ke pangkuanku
Aku merayu
Bukan sebab aku rindu
Tapi kerna itu perlu =)

mungkinkah dia ada disana.







Pengenalan 1.0


Assalamualaikum
Hai...
Hye...
Halo...
Hello...
Alo...
Hoi...
Hei...
Wei...
Wiwitt...
Ehem-ehem...