Cinta yang hilang sukar di cari ganti.
Tapi DUNIA yang hilang.
25.3.2011.Lost World of tambun.Kepuasan yang tak terhingga.Terutama bila dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan.Main memang tak ingat dunia.Dunia pun dah hilang.Mane nak ingat kan.Tiket masuk yang basic rm38 untuk dewasa,rm32 untuk kanak-kanak dan free untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang ketinggian bawah 90cm.Yang tinggi jangan nak buat-buat jadi pendek.Waktu masuk 11pagi-6petang.Public holiday start 10pagi.So,aku senaraikan dekat korang kenapa korang perlu pergi DUNIA ini.
1.Ade dua jenis papan gelongsor yang menarik.Satu yang gerak straight je dan yang satu lagi pusing-pusing.Pelampung disediakan.Tak payah kalut nak sewa untuk main papan ni.Benda ni memang mencabar.Seronok giler dapat jerit.Kalo korang tak jerit main benda tu better korang pergi buat benda lain.Pergi panjat gunung Kinabalu ke.
2.Pantai buatan tangan kaki dan mulut yang luas dan bersih.Juga menyediakan kawasan untuk bermain volleyball.Bola boleh sewa ya.So kalo ramai-ramai datang boleh la main volleyball.
3.Hot springs antara yang terbaik.Dulu pergi just ade 1 kolam je.Tapi sekarang dah renovate and diorang tambah ade foot spa,jakuzi,infinity pool dan gua berwap.Pada yang tahan panas boleh try.Yang tak tahan boleh tengok je.Tapi jangan risau tak panas mane pun.40 darjah celcius sahaja.Tak terbakor pun telor.
4.River yang terpanjang pernah aku lalui. Sungai ni disertakan ombak buatan yang kuat yang membantu pergerakan crew-crew aku yang berpaut di atas pelampung.Sungai ni melalui seluruh kawasan dalam Lost World of Tambun ni.Lagi best kalo korang lawan lumba naik pelampung dengan member yang ada.Tengok sape pandai kayuh pelampung kasi laju.
5.Amusement park yang sepatutnya menarik.Kami punye trip kali ni amusement park just ade buaian dan bot terbang sahaja tapi pirate ship kami tak dapat naik sebab under maintainance.Rugi rase tak dapat naik yang tu.
6.Petting Zoo.Time pergi trip ni tak dapat tengok banyak sebab hujan.Tapi dari pengalaman trip lepas memang puas la pergi petting zoo ni.Macam-macam binatang ade.Jinak belaka.Korang boleh bagi makan siap.Untuk certain biatang la.Takkan ular pun nak bagi makan.Antara binatang yang ade;rakun,arnab.guinea pig,ferret,iguana,parrot,pelbagai jenis burung,kambing gurun dan banyal lagi.Korang pergi tengok sendiri ye.
Aku bukan tauke zoo pun nak kenal semua binatang.
7.Tiger Valley.Tak sempat pergi sebab kesuntukkan mase.Asyik main air je.Tapi dekat sana korang boleh tengok anak harimau.Comel tahu.Yang bapak harimau pulak diorang akan tunjuk cara bagi makan dekat harimau-harimau ni.Sekali hadap seekor ayam yang dibahamnya.Ayam yang di makan tu yang dah di sembelih dan dibuang bulu ye.Bukan ayam hidup dan bukan jugak ayam Thailand.
8.View yang menarik. Sesuai dengan name.Kawasan ni didirikan dengan suasana di zaman puba kala.Struktur dan rekaan bangunan juga menarik.Memang sesuai untuk ambil gambar and buat shooting.
Semua yang aku cakap ni termasuk dalam pakej basic sahaja.Extra activity yang korang nak boleh tengok dekat sini.
wa wa. nak gi ar
ReplyDeletehahah mai2...
ReplyDeleteuntung r jadi promoter tambun plak
ReplyDelete