Tuesday, 15 March 2011
Dua kes.Satu malam
1.Ini kes pertama.Kes ni jadi time aku nak pergi makan malam dekat kedai Nurliani bersebelahan Mydin.Tengah sedap tunggu nasi dekat kedai tu tibe terdengar bunyi hon.Bunyi yang kebiasaannya mesti akan mendatangkan bencana.Kebarangkalian untuk eksiden lepas bunyi tu adalah sangat tinggi.Aku macam biasa kurang ambil port sangat selagi benda tu tak pasti eksiden.Sekali tiba-tiba bunyi gedegang!!!Sah eksiden.Kalo jenis darah melayu pure macam aku ni tak sah kalo tak jaga tepi kain orang.Sepantas kilat aku pergi dekat depan Mydin tu.Ade kereta eksiden rupenye.Tapi bukan part eksiden yang aku nak ce citer,part orang pecahkan kereta sebenarnya yang tarik perhatian aku.Seorang brader yang memegang kayu besbol dengan gagah dan slumber sambil berlari-lari anak telah pecahkan sebuah kereta.Ganaskan.Tapi ada sebab.Takkan nak pecahkan tiba-tiba.Kereta yang dipecahkan tu adalah kereta orang yang menyebabkan eksiden.Brader tu suruh die turun sebab nak setel elok-elok.Tapi die boleh tak mahu turun.Siap nak cabut lagi.Memang panas hati la brader tu.Memang selamat kereta orang tu makan kayu besbol.On da way die nak cabut dengan kereta kancil die yang semput tu,sempat lagi die dengan tak sengaja membantai dua buah kereta lagi.Mamat ni stail bawa kereta macam dekat funfair.Memang boleh buat gaduh betul.Sekarang dengar khabar dah kene tangkap dengan polis.Dari mulut orang aku dengar mamat bawa kereta tu tak betul sangat.Haish nape la bagi orangg tak betul bawa kereta??nasib tak ada yang maut.
2.Kes kedua.Sama waktu dengan yang di atas.Sama tempat.Tapi lain kejadian.Aku dengan senang hati telah terambil motor yang slah untuk pergi makan tadi.Aku pinjam motor member.Dia ade motor LC merah dan EX5 merah.Tapi yang die bawa ke U hari ni motor EX5 merah.Aku pula ingat die bawa motor LC merah.So,lepas die bagi kunci(kunci EX5) aku turun dekat garaj motor.Sekilas pandang aku terus nampak satu motor LC merah.Memamg sebijik macam budak tu punye.Tanpa fikir panjang aku terus pergi dekat motor tu buka seat ,ambil topi and terus start.Ok je kan.Macam tak ade ape-ape. Itu yang pelik sebab rupa-rupanya aku salah motor.Nasib la tuan punyer motor aku kenal.Nahas betul kalo orang kate aku mencuri.Memang pelik+bahaya sebab kunci EX5 boleh pakai start motor LC.So,sape-sape yang ade motor LC sila berhati-hati.Motor anda dalam bahaya.Peringatan keras ini adalah dari persatuan ibu-ibu mengandung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
omg.aku terlepas cerita menarik.
ReplyDeletemalang la ko...gosip terhangat...sape suruh x g mkn..
ReplyDeletehahahaha, wat research la wei........
ReplyDeleteforensik amat minat mende2 gini........
leh la kau wat master forensik.......