Monday, 14 March 2011

Supervisor Final Year Project aku menghilang

Berdasarkan tajuk diatas,aku telah mendapati bahawasanya aku punya supervisor FYP telah menghilangkan jasadnya dari pandangan mata kasar aku bila beliau telah pergi ke World Cup Kriket 2011.Aku tahu sure sorang pun tak tau sekarang tengah World Cup Kriket kan.Yang tahu sila angkat kening.Berbalik pasal FYP tadi, aku dan sorang member aku yang berwajah ala-ala pelakon Hong Kong telah dibiarkan terkontang-kanting untuk menyiapkan FYP ni.Aku risau.Tak siap benda ni.Tak graduasi aku jawabnye.Tak berbaloi tak graduasi sebab benda macam ni.Bukan tak boleh buat sendiri.Tapi aku perlukan seorang yang pakar untuk guide aku yang masih amatur ni.Mungkinkah aku sebenarnya tengah ambil PHD??Semestinya tidak.Dalam otak aku ligat fikirkan tindakan-tindakan emergency yang aku patut buat untuk selamatkan kehidupan aku ni.Perlu ke aku bertindak sendirian tanpa bantuan dari dia??Perlu ke aku ke World Cup tu untuk cari die??Perlu ke aku extend??(woo ni tak perlu sebenarnya) dan perlu ke aku perlu lakukan apa yang aku tak perlu lakukan.Berputar alam pula ayat aku ni.Tapi tak ape la.Ape terjadi aku akan tetap setelkan.Ini semua ujian.Aku yang diuji perlu bagi jawapan yang terbaik.Mengalah bukan cara aku.Itu cara si Luncai.


Buat Supervisor aku
Sila la pulang ke pangkuanku
Aku merayu
Bukan sebab aku rindu
Tapi kerna itu perlu =)

mungkinkah dia ada disana.







3 comments: