Rajalawak musim ke-5 akhirnya melabuhkan tirainya malam ini.Rajalawak season ni bagi aku memang terbaik dari ladang,estate2,factory2 dan kilang2 berbanding rajalawak yang sebelum ni.Sebabnya season ni la yang produce ramai pelawak yang boleh pakai.Yang bukan sekadar buat lawak syok sendiri.Antaranya Nazmi,Epy,Leman Pokke and 3 finalist yang ade.Geng KAMI and KOPI O tak lawak ye.Yang tu mintak maap cakap.
Hari ni final rajalawak berlangsung.Aku baru je habis layan and pemenang untuk malam ni tak lain tak bukan adalah MAN, dikuti R2 dan BALAS.Rasanye tak ade orang nk komplen pasal pemenang mende ni sebab MAN memang layak menang.Lagipun ini bukan pertandingan gaduh pilih lagu tolong ingatkan aku tu.Ini rajalawak,semua orang puas hati punya.Aku pun puas sebab peserta favourite aku bolot 1-2.Wak dalam R2 ko memang lawak.Aku tak tipu.Overall persembahan final ni tak la mengancam berbanding minggu-minggu lepas kecuali persembahan muzikal komedi MAN.Yang lain semuanya lebih sikit je dari sederhana.Maybe neves kot.
Persembahan Jozan memang mantap.Part meniru Jamal Abdillah tu sampai bila-bila pun aku suka.Terus terang cakap diorang antara salah satu sebab kenapa aku tengok rajalawak.Nak dengar diorang berlawak je.Menganjing orang memang tak hingat punya.Zizan dah teror rap sekarang ye.'Tak caya tanya budak-budak perempuan tu'
Juri rajalawak malam ni bagi aku memang bertugas untuk memuji sahaja dan tidak mengeji.Tapi kadang-kadang pujian tu macam terlalu palsu.Persembahan biasa je tapi puji menggunung.Arahan pihak atasan rasenye.Nak tolak tak berani.Yang David Teo nyanyi lagu amuk tu bukan arahan ye.Itu die punya hal.Kita yang dengar ni tadah jela.
Rajalawak dah habis.Lepas ni ade Maharajalawak pula.Menda ni??korang tunggu 1 April nanti ye.Tahun ni tau.Bukan tahun depan or 3-4 tahun lagi.Tahniah buat MAN dan yang lain-lain.OKB sekarang,100ribu woo.Pesanan aku jangan berhenti melawak.Terus hiburkan kami.
Peserta rajalawak 5 |
Finalist rajalawak 5 |
Ini dia rajalawak yang kita cari.Kayo Pokcik |
Epy.Peserta fav Jozan untuk di bahan. Mamat ni klakar juga.Muka memang tak boleh blah |
Mereka penyeri.Tobat lawak nak mampos diorang ni. |
ala....xdapat menengoknye..sedey2..
ReplyDeleterugi2...
ReplyDelete