Tuesday, 15 March 2011

Repair Basikal

Mentari pagi menyinar terang menembusi celahan langsir bilik aku.Aku bangun menggosok mata.Aku capai cermin mataku yang terletak jauh di hujung katil.Arghh apa aku mengarut ni.Sebenarnya aku nak cerita dekat korang pagi tadi aku pergi repair motosikal.Dah dekat seminggu bawa asyik bunyi macam ni je.  
Ktang!! Ktang!! ktang!!
Tahap kesihatan motor aku ni penuh dengan kesangsian.Nak repair tak reti.Aku bukan jenis pro bab-bab motor ni.So,aku pun dengan tekad hati pergi bawa motor ni ke workshop.Aku tanya brader pomen tu. 
'Abe,moto saye ni ade bunyi ktang!! ktang!! la bilo bawok.Bakpo eh?'.
Brader pomen dengan tenang dan macho terus mengecek motor aku.Beliau pun cakap sprocket aku rosak.Kene ganti.Aku kecewa mendengarnya.Confirm duit aku melayang-layang.Tapi demi sebuah motor yang aku sayang aku tak kisah bergolok gadai keluarkan sedikit wang.Motor aku lagipun bukan motor orang lain.
Ini adalah sebuah sprocket.

Duit melayang saat aku kekeringan.Aku suke

Dalam tengah tunggu dan tengok abe pomen repair motor aku,tibe-tibe aku teringat zaman kecil-kecil aku dulu yang suke pomen-pomen basikal.Aktiviti yang cukup digemari budak lelaki seusia dan seligat aku dulu terutama time sekolah rendah.Duduk depan rumah,terbalikkan basikal,godek sana godek sini konon-konon tau ape nak buat.Lepas tu cabut tayar,cabut batang seat,cabut kepala basikal,tegangkan rantai basikal,betulkan kalo tayar gelong(bila bawa basikal tayar pusing ke kiri ke kanan) dan macam-macam lagi la.Kadang-kadang benda tak perlu buat pun saje gatal tangan nak cabut@repair.Itu baru bab repair basikal.Belum masuk bab modify basikal.Habis seluruh body basikal nak di ubah.Tambah kalo basikal tu basikal yang jenis beraga.Cukup gemar la budak-budak ni nak ubah.Barang-barang aloi mesti dah wajib kene letak especially batang seat,nat tayar,stand and kadang-kadang ade tambah tanduk aloi siap.Yang part tanduk aloi selalunye orang ubah dekat basikal moutain bike.Tayar pun tak nak pakai tayar biasa.Sorang nak tayar sotong,sorang lagi pula nak tayar haro(color putih), baru ade style katenye.Tak nak kalah semuanya.Masing-masing berlawan.Seronok bile tengok semua orang dengan gaya basikal masing-masing.Petang-petang pergi lumba basikal.Kayuh punya kayuh lepas tu jatuh.Badan calar-balar tapi tak nangis.Baru jantan kata orang.Budak sekarang buat lagi ke benda macam tu ??
Bukan gambar penulis..

Bila fikir balik,bezanya rasa aku sekarang dengan zaman kecil-kecil.Sekarang ni tak ade pun aku nak ambil tahu sangat tentang repair motor ni berbanding time aku budak-budak.Rajin je ambil tahu pasal basikal.Kenape jadi macam tu agak-agaknye ye??adakah sebab tahap kesukaran repair motor tu yang jauh lebih tinggi dari repair basikal??adakah sebab aku ni dah ade banyak benda lain nak fikir berbanding benda remeh macam ni??adakah sebab minat aku dah semakin pudar terhadap arena repair-repair ni?? atau adakah bukan semua perkara diatas?? Jadi same-same lakorang tolong aku fikirkan.Mungkin zaman dah berubah.Keperluan dan kepentingan dah berubah.Atau aku yang berubah.(-___+")

2 comments:

  1. ahahahaha...dulu lain las..ada pengaruh kawan..nih kat sini..ada ke kawan pengaruh tuk baiki motor???jejeje..kalu rosak sme pon htr workshop..

    ReplyDelete
  2. huhuh btoi jgk kn...pengaruh2...

    ReplyDelete