Monday 11 April 2011

Sembur.

Ini bukan cerita pasal pekebun menyembur air pada pokok bunga atau kes datin bergaduh dengan perempuan-perempuan perampas dengan memberi semburan kate-kate kesat.Ini jugak bukan kejadian manusia membunuh nyamuk dengan hanya satu semburan ridsect.


Ini cerita aku dan member aku si Botak yang terkena semburan minyak petrol tatkala cuba mengisinya ke dalam botol revive isotonik.Ape kes isi dalam botol sedangkan tangki minyak kereta kancil sewa tu pun tak penuh lagi??Jangan marah ha,ini kes budak-budak kedekut yang cuba meminimumkan perbelanjaan wang terhadap penggunaan petrol.Botol yang berisi minyak tu gunanya bila kereta kami kehabisan minyak secara mengejut.Kire kami standby la takut tersadai tepi jalan.Kebarangkalian untuk minyak habis di tengah jalan adalah tinggi sebab jarak perjalanan dengan minyak yang kami isi dalam tangki ngam2 je untuk pergi dan balik.Punye la kedekut kan.


So,bila nak isi tadi,muncung paip minyak tu kami sumbat la kedalam botol.Mulut botol dah la betul-betul muat je dengan muncung paip tu.Pemicit aku pegang,botol Botak pegang.Dengan yakin aku tekan pemicit minyak tu.Malangnya tiba-tiba minyak tu tersembur keluar seperti air semburan febreeze.Nasib baik aku kene sikit je,tapi nasib tak baik pula dekat Botak sebab semburan tu straight kena dekat muka die.Baju die pun kene sikit.Mujur tadi die ade letak perfume Hugo XY ciplak,tak la berbau petrol sangat.Itu la kata orang malang tak berbau.Dah kene malang tu baru ade bau.Itu pun bau petrol.Ini pengajaran buat kami yang kurang ajar tentang perkara macam ni.


Mungkin kene tiru cara makcik ni

Bile tengok kejadian tadi,beberapa pengajaran aku dapat pelajari:- 
1.Mulut botol jangan betul2 muat nak masuk muncung paip minyak sebab benda tu antara penyebab tindak balas berbalik semburan minyak tu.Maybe sebab ade tekanan dalam botol.
2.Cuba pakai benda yang macam corong turas supaya mudah nak isi kan minyak ke dalam botol.
3.Try pakai tong or bekas yang lebih sesuai untuk isi minyak,elakkan pakai botol mineral.
4.Kalo ye pun nak isi,letak la botol dekat bawah.Tak payah nak pegang.Dah la kami pegang senget.
5.Cara ke-4 boleh pakai sebab aku pernah try dan benda tu berjaya.
6.Jangan kedekut sangat.Isi jela terus dalam tangki.
7.Jangan letak anu dalam botol.Mengarut.

Sumpah tak ada kaitan langsung dengan cerita aku ni.

5 comments:

  1. dalam botol2...ish3..

    aku setuju sgt yang keenam tuh..aku pernah jew kena..sbb kedekut dan dengki sgt tamo isi minyak..then...ngeh3...kena tolak tepi jalan raya..jalan kaki g stesen minyak..-_-

    ReplyDelete
  2. aku masih tak faham lagi motif pengajaran no 7 tu........

    ReplyDelete
  3. hahaha aku penglaman 2 kali tersadai tapi masih degil

    ReplyDelete
  4. yang ke-7 aku pun x phm...sje kenekan filen anu dalam botol..

    ReplyDelete
  5. kedekut! xde dwet nk isi minyak p mintak kt adam.dia bnyak duit.tpai kene balik b4 kul 12..LOL

    ReplyDelete